Lisa Surihani Kini Duta Jenama Cetaphil

Aktres ini berkongsi kenapa dia amat sukakan produk tersebut.

Pelakon dan aktivis sosial, Lisa Surihani menjadi duta dan berkerjasama dengan Cetaphil untuk membantu rakyat Malaysia tentang penjagaan kulit sihat dengan berkongsi petua dan pendapat peribadi dengan produk berkenaan termasuk koleksi Cetaphil untuk bayi.

Personaliti kesayangan ramai ini seorang yang menghargai kesederhanaan dalam pelbagai perkara terutamanya apabila melibatkan rutin penjagaan kulit. Cetaphil menjadi pilihan Lisa kerana ianya mudah didapati dan dipercayai ahli dermatologi.

Bagi Lisa, kulit yang sihat hanya boleh dicapai dengan menggunakan pembersih yang betul, yang lembut pada kulit, bebas sabun, melembap, bebas haruman dan terbukti secara dermatologi tidak memberi kerengsaan pada semua jenis kulit. Pembersih sepatutnya tidak sepatutnya menegangkan kulit, sebaliknya perlu melembapkan dan lembut.

Menurut Lisa, dia berbangga dapat bekerjasama dengan jenama penjagaan kulit yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak sekian lama. Tambahnya, Cetaphil Gentle Skin Cleanser selamat untuk semua jenis kulit dan telah memelihara kulitnya menjadi lebih sihat walaupun terdapat banyak perubahan yang telah dilalui. Tonton video  di bawah untuk mengetahui mengapa Cetaphil Gentle Skin Cleanser menjadi pilihan Lisa Surihani.