Kucing Peliharaan Karl Lagerfeld Paling Kaya Di Dunia?

Choupette bakal mewarisi sebahagian daripada harta yang dimiliki Karl Lagerfeld

Berita kematian pereka fesyen Karl Lagerfeld nyata memberikan impak pada dunia fesyen namun ia juga menimbulkan persoalan mengenai harta dan aset yang ditinggalkan oleh mogul fesyen itu. Karl Lagerfeld tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak namun ada meninggalkan kucing peliharaannya, Choupette. Menurut Insider, setahun sebelum kematiannya, Karl Lagerfeld memberitahu, Choupette adalah antara pewaris kepada hartanya yang bernilai lebih daripada USD273 juta.

Menurut The Sydney Morning Herald pula, selain daripada Choupette, antara nama yang diwasiatkan untuk mewarisi harta Lagerfeld adalah Brad Kroenig (model lelaki kegemaran Karl Lagerfeld) dan anaknya, Hudson yang juga anak pembaptisan Karl.

Namun, apa yang pasti, Choupette, kucing siam milik Karl Lagerfeld adalah kucing yang paling kaya di dunia jika ia mewarisi harta tuannya.  Mari ketahui lebih lanjut lagi tentang binatang peliharaan kesayangan pereka fesyen lagenda ini.

1 of 7

Choupette Asalnya Dimiliki oleh Rakan Karl Lagerfeld

Kucing kesayangan Karl Lagerfeld, Choupette diberikan kepada pereka fesyen tersebut pada Krismas tahun 2011. Menurut InStyle, Choupette sebenarnya adalah milik model Perancis, Baptiste Giabiconi tetapi selepas Lagerfeld menjaga rumah Giabiconi selama dua minggu, dia jatuh hati dan sekaligus ingin memiliki kucing tersebut.

1 of 7