Kuala Lumpur, Jakarta Dan Singapura Jadi Destinasi Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan tiket Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour

Buat peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, jangan ketinggalan untuk menjelajah bersama penyanyi terkenal tersebut dalam perjalanan muzik yang bakal meraikan lebih daripada 20 tahun kariernya dalam bidang seni suara. Peminat setia penyanyi tersohor tanah air ini dijemput untuk menikmati vokal dan muziknya dalam konsert jelajah terbesar Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tampil dengan judul “Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour”, sesuai dengan namanya, melalui konsert tersebut, peminat akan dibawa ke dalam sebuah perjalanan muzikal yang penuh nostalgia dengan lagu hits miliknya yang digubah semula untuk menambahkan rasa debaran pada peminat.

Setiap segmen persembahan akan menampilkan yang terbaik, tidak kira daripada segmen etnik/tradisional, balada, carta unggul dan segmen Unplugged, semua muzik dihasilkan dan diatur semula oleh pemuzik extraordinaire, Aubrey Suwito bersama band All-Starnya.

Setiap pemuzik yang bakal mengiringi jelajah muzik ini dipilih sendiri oleh Aubrey. Mereka terdiri daripada pemuzik Kota New York hinggalah kepada pemuzik luar biasa tempatan yang telah bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak mula perjalanan kariernya.

Konsert ini turut menampilkan penyanyi lelaki dari negera jiran, TULUS. Gabungan kedua penyanyi hebat ini pasti akan menghasilkan momen yang ajaib. TULUS bakal  membawakan lagu hitsnya yang pastinya tidak patut dilepaskan oleh para peminat. Siapa tahu para penonton konsert bakal melihat sebuah lagu duet antara dua penyanyi hebat ini sebelum lagu itu dilancarkan.

Selain konsert, peminat juga boleh menonton Filem Dokumentari, “They Call Me Siti” yang bakal ditayangkan di pawagam.

Filem dokumentari ini akan membawa penonton melalui perjalanan belakang tabir sepanjang konsert jelajah ini berlangsung. Saksikan bagaimana dalam kesibukan Datuk Seri Siti Nurhaliza menjaga buah hatinya, Siti Aafiyah dan menjalani latihan tari, muzik, fitness sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsung.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan sejarah dan momen #SitiNurhalizaOnTour

Terdapat pakej juga Meet & Greet khas untuk peminat Dato ‘Sri Siti Nurhaliza. Tiket Meet & Greet memberi peminat peluang untuk mendekati Dato ‘Sri Siti Nurhaliza sehari selepas konsertnya. Pakej ini termasuk tiket konsert, t-shirt percuma, CD dan minuman di sesi Meet & Greet. Jangan ketinggalan merebut peluang keemasan ini.

Para peminat juga berpeluang membeli barangan istimewa Limited Edition di lokasi konsert.

“DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR”, “ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan jelajah berterusan selama 2 tahun. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 26 December 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com atau hubungi 012 2560082.

INFOMASI KONSERT

Tarikh:                           21 Februari 2019                           Istora Senayan, Jakarta

2 Mac 2019                                     Singapore Expo, Singapura

16 Mac 2019                                  Arena Axiata, Kuala Lumpur

Harga Tiket:              RM1295 (Meet & Greet), 495 (Diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155

(Silver), 105 (Bronze)

Tiket:                             www.myticket.asia

Tiket Hotline:             03 8605 0196, 012 3695457

Laman web:               www.shirazprojects.com

 

Maklumat Hotline: 012 2560082

Instagram:               Shirazprojects

Facebook:                Shirazprojects

Hashtag:                   #SitiNurhalizaOnTour

Gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza