Kotex Tampil Bergaya Dengan Edisi Terhad Batik

Kotex membantu pengusaha wanita terpinggir dengan mempamerkan reka bentuk batik mereka menerusi program #SHECAN

Jenama Kotex Malaysia telah melancarkan tuala wanita edisi terhad bercorak batik. Fungsinya bukan sahaja untuk dipadankan dengan fesyen malah membantu memartabatkan pengusaha wanita. Kotex edisi terhad Batik ini menawarkan reka bentuk berani, bertenaga, berwarna-warni yang memaparkan motif rumit yang mewakili batik Malaysia dan dimodenkan untuk wanita muda dan bergaya.

Pada bungkusan Kotex Edisi Terhad ini juga turut menampilkan rekaan menarik dari pelukis wanita daripada Batik Boutique, sebuah perusahaan sosial yang memfokuskan dalam mengajar pekerja segmen Bottom 40. Kolaborasi dengan Batik Boutique ini adalah hasil positif pergerakan global Kotex #SheCan yang mensasarkan untuk memperkasakan wanita muda untuk mencapai apa sahaja yang telah ingin mereka capai.

Kini boleh terdapat di kedai seluruh negara, Kotex Edisi Terhad Batik juga dilengkapi dengan aksesori fesyen yang penting iaitu pouch batik direka khas untuk edisi terhad ini. Bagi terus meraikan dan mempamerkan karya kreatif para pelukis dan kepelbagaian batik kepada penonton, Kotex akan membawakan reka bentuk dalam rangkaian Kotex Edisi Terhad Batik untuk dipaparkan eksklusif di Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang akan datang (KLFW) yang berlangsung bermula 21 hingga 25 Ogos 2019.

Pergerakan #SheCan memacu perubahan masyarakat di seluruh dunia untuk membantu wanita muda mengatasi kebimbangan dan stereotaip jantina untuk muncul sebagai juara dan mengejar cita-cita mereka. Di Malaysia, Kotex memulakan dana #SheCan pada Oktober tahun lalu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda untuk melakukan kemajuan dalam bidang yang kurang diwakili, daripada seni ke pendidikan, bidang keusahawanan dan pelbagai lagi.

Baca juga: Pemenang Face of Beauty oleh Guardian, Siapakah Mereka?