Koleksi Lagu Musim Panas Terbaik Daripada Spotify

Ceriakan hari anda dengan senarai lagu Hazed & Confused daripada Spotify ini.

Cuaca di Malaysia yang sukar untuk diramal mungkin akan membuatkan masa berjalan dengan lambat dan membosankan. Suhu cuaca dijangka akan menjadi panas hingga bulan Mei. Walau bagaimanapun, dengan peralihan monsun, cuaca Malaysia mengalami perubahan dengan turunnya hujan dalam tempoh beberapa hari yang lalu dan telah mengurangkan suhu panas sepanjang bulan lepas.

Gambar: Shutterstock

Jika anda lihat di papan iklan, terdapat banyak pengumuman perkhidmatan awam yang telah dilancarkan di seluruh negara yang mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan aktivti luar dan kerap minum air untuk sentiasa kekal hidrasi. Tetapi di Spotify, anda bukan sahaja akan mendapat peringatan harian tetapi lebih daripada itu. Anda boleh mendapatkan senarai lagu Hazed & Confused yang telah dipilih oleh Spotify untuk ceriakan hari anda pada hari hujan.

Antara lagu yang menjadi pilihan dalam senarai ini adalah:

  • Zainal Abidin – Hijau

Hijau adalah lagu ikonik yang dinyanyikan oleh Zainal Abidin. Pada tahun 1980-an, apabila muzik di Malaysia lebih fokus kepada genre rock, Zainal telah menghasilkan lagu berunsur pro-alam ini yang memberikan nafas segar pada sesiapa yang mendengarnya.

  • Misha Omar – Sampai Bila

Lagu yang menjadi pilihan ramai. Sama seperti tajuknya, rakyat Malaysia waktu untuk menikmati bau segar seperti sedang berdiri di tengah taman yang indah di luar rumah.

Selain itu, anda juga boleh ceriakan hari anda pada hari hujan dengan senarai lagu Hazed & Confused daripada Spotify seperti berikut:-