Kenali Tiga Puteri Cik Puan Julia Rais Yang Sama Cantik Seperti Ibu Mereka

Tiga puteri diraja Pahang ini memiliki rupa paras yang cantik sama seperti ibu mereka, Cik Puan Julia Rais

Baru-baru ini, adinda Sultan Pahang menjadi tular kerana ketampanannya namun bukan Tengku Fahd sahaja yang mempunyai ketampanan yang memukau dalam keluarga kerabat diraja Pahang ini. Puteri-puteri Sultan Pahang turut memiliki rupa paras yang menawan. Dan antara puteri-puteri ini, tiga yang diketengahkan di sini adalah Yang Mulia Tengku Iman Afzan, Yang Mulia Tengku Ilisha Ameera dan Yang Mulia Tengku Ilyana, anak kepada pelakon yang terkenal pada tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais bersama dengan Sultan Pahang.

Baca juga: Adinda Sultan Pahang, Tengku Fahd Mula Curi Tumpuan Netizen

Tiga puteri ini memiliki rupa paras yang sangat cantik sama seperti ibu mereka yang terkenal dengan wajah Pan-Asianya. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai tiga puteri cantik ini.

1 of 7

Ibu mereka, Cik Puan Julia Rais adalah pelakon berbangsa kacukan Melayu-Inggeris. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan beliau sangat terkenal pada awal era 1990-an.

1 of 7