Tip Menjaga Pesakit Diabetes Dengan Mudah

Berikan keselesaan kepada pesakit Diabetes

Masalah kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh pesakit diabetes. Ini boleh menjejaskan mobiliti pesakit itu. Tetapi, jangan risau, dengan penjagaan yang betul dan mudah, ia dapat membantu pesakit diabetes untuk rasa lebih selesa.

Jelita kongsikan cara menjaga kaki pesakit diabetes dengan mudah.

Gambar: Depositphotos

  1. Periksa kaki setiap hari. Cari kesan kemerahan, melepuh atau luka.
  2. Basuh kaki setiap hari. Merendam kaki boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman.
  3. Keringkan kaki dengan teliti terutama sekali antara jari kaki. Kawasan yang basah boleh menyebabkan kerosakan kulit.
  4. Lembapkan kaki untuk mengelakkan kekeringan dan rekahan. Lapkan kesan lembapan yang tidak diserap.
  5. Basuh kesan luka kecil. Periksa setiap hari untuk pastikan luka pulih.
  6. Pakai selipar yang sesuai ketika berada di dalam rumah untuk mengelakkan kecederaan.

Sumber: Tena Caring 101 Handbook: Your Caregiving Companion