Masalah Yang Mungkin Anda Hadapi Jika Tidur Lebih Daripada 8 Jam

Tidur untuk masa yang lama boleh mengundang enam masalah ini pada anda

Semua orang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan anda perlu pastikan untuk tidur tidak kurang daripada lapan jam agar anda tidak perlu menghadapi masalah kesihatan kelak. Tetapi tahukah anda bahawa kita tidak digalakkan untuk tidur lebih lama daripada itu. Sama ada anda tidur tidak cukup atau melebih lapan jam, kedua-duanya boleh membahayakan kesihatan anda. Ini enam masalah yang akan anda hadapi jika tidur melebihi lapan jam.

tidur lebih daripada lapan jam

Sumber Gif: Tenor.com

 

Masalah Berat Badan

Kajian yang berbeza telah dijalankan untuk menunjukkan bahawa tempoh tidur yang pendek dan panjang mempunyai kaitan dengan diabetes dan obesiti. Fakta ini tidak begitu jelas namun doktor di luar negara mendakwa bahawa jika tubuh anda kurang bergerak maka berat badan akan mudah bertambah. Jika anda bangun lambat, anda tidak akan punyak masa yang mencukupi untuk melakukan aktiviti fizikal.

Masalah Kemurungan

Mereka yang mengalami masalah kemurungan turut mengalami gangguan tidur. Ada setengah kes di mana mereka tidur lebih lama daripada biasa. Ini adalah kitaran yang kurang sihat kerana tidur dalam masa yang lama boleh menyebabkan anda berada dalam keadaan lemah dan letih. Anda lebih rela tidur lebih lama dan tidak mahu meninggalkan katil pada waktu pagi. Bagi anda, perkara yang berlaku disekeliling tidak membuatkan anda teruja dan gejala ini akan membawa kepada kemurungan.

Penyakit Jantung

Jika anda tidur terlalu lama, anda bukan sahaja membuang masa tetapi juga anda boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit jantung. Masalah jantung adalah antara penyebab kematian yang paling biasa dan tidur melebihi 8 jam boleh meningkatkan peluang untuk terkena serangan jantung sebanyak 34 peratus.

Sakit Kepala

Sakit kepala bukan sahaja berlaku jika anda kekurangan tidur tetapi ia juga berlaku jika anda tidur terlalu lama. Elakkan daripada terbaring di tempat tidur ketika hujung minggu atau sewaktu bercuti. Ini kerana anda boleh kena serangan sakit kepala yang serius.

Masalah Memori

Menurut satu kajian yang telah dijalankan di negara Barat, tidur yang lama boleh mempengaruhi proses otak anda. Lebih lagi, jika anda biasa bangun pada waktu tengah malam, itu tandanya anda mungkin tidak mendapat tidur yang lena sehingga anda terjaga. Ini akan mempengaruhi fungsi kognitif otak dan keupayaannya untuk menumpukan perhatian dan teringat maklumat.

Insomnia

Perkara ini mungkin mengejutkan anda tetapi insomnia berlaku disebabkan oleh tabiat yang tidak sihat bersama dengan aktiviti dan waktu tidur yang tidak menentu. Sebagai contoh, jika anda berjaga sehingga lewat malam di depan komputer dan bercadang untuk tidur lama pada hari berikutnya, anda boleh mengalami insomnia. Dua hari sudah mencukupi untuk mengelirukan tubuh anda supaya anda mengalami masalah tidur.