Ini Faedah Yang Akan Diperoleh Jika Anda Berhenti Merokok

Berhenti merokok sekarang dan anda akan dapat manfaatnya

Merokok adalah satu perbuatan yang bukan sahaja akan memudaratkan diri sendiri tetapi juga pada insan tersayang. Sudah tiba masanya untuk membantu pasangan anda berhenti merokok. Banyak faedah yang boleh diperolehi dengan berhenti merokok. Ini Jelita kongsikan beberapa faedahnya.

berhenti merokok

Gambar: Shutterstock

  • Panjang umur-satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan diri daripada bahan berbahaya seperti asap rokok yang mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit- Hampir 40 jenis penyakit berkait rapat dengan tabiat merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik, strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat-Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selesema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain-Ini kerana apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang sekeliling anda. Asap rokok itu boleh mengakibatkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang- Wang yang digunakan untuk membeli rokok adalah lebih baik disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
  • Melindungi alam sekitar-Putung rokok yang dibuang perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan