9 Tabiat Yang Melambatkan Kadar Metabolisme

Kadar metabolisme anda akan menurun jika anda mengamalkan tabiat ini

Anda sering memberikan tumpuan kepada proses membakar kalori melalui senaman dan latihan khas sehingga lupa bahawa badan boleh membakar kalori dengan sendiri. Ia sangat berkesan jika anda mengamalkan gaya hidup yang betul. Setiap sel kecil dalam tubuh memainkan peranan penting dalam proses metabolisme iaitu proses yang menukarkan makanan kepada tenaga. Semakin cepat metabolisme , lebih banyak kalori badan yang akan dibakar. Jelita kongsikan sembilan tabiat yang boleh melambatkan kadar metabolime badan anda.

kadar metabolisme

Gambar: Shutterstock

Jadual Pemakanan Yang Pelik

Kajian menunjukkan bahawa jadual makan secara rambang boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Ini kerana tubuh anda tidak tahu bila ia mempunyai peluang untuk mendapatkan lebih banyak makan . Oleh itu, tubuh akan cuba melambatkan proses apabila ia berlaku.

Penyelesaian: Tentukan jadual atau rejim pemakanan yang sesuai dan kekalkannya.

Kurang Tidur

Bukanlah satu perkara yang menghairankan jika anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi, anda tidak mempunyai tenaga yang banyak. Ini bermakna penggunaan kalori sangat rendah sepanjang hari.

Penyelesaian: Cuba dapatkan tidur yang mencukupi. Anda boleh cuba gunakan aplikasi khas atau minum teh herba sebelum anda tidur.

Tidak Cukup Makan

Jika anda kurangkan terlalu banyak kalori, tubuh anda akan rasa kelaparan dan ini akan melambatkan kadar metabolisme yang cuba menahan bahan bakar sebanyak mungkin. Mengawasi pengambilan kalori adalah sangat penting jika anda ingin menurunkan berat badan.

Penyelesaian: Pakar menasihati untuk memotong kira-kira 200 kcal untuk penurunan berat badan yang sihat.

Duduk Terlalu Lama

Jika anda menghabiskan masa duduk di pejabat, anda perlu tahu bahawa duduk untuk masa yang lama boleh menjejaskan metabolisme anda.

Penyelesaian: Anda boleh melakukan beberapa pergerakan mudah setiap 30 minit.

Jet Lag

Perubahan waktu boleh menganggu proses metabolisme anda. Ini sering berlaku kepada anda yang suka menggembara ke luar negara.

Kalsium Yang Tidak Mencukupi

Mendapatkan kalsium yang mencukupi sangat penting untuk mengawal metabolisme anda. Sekiranya anda tidak suka susu atau punya alahan kepada laktosa,  ini bukan satu masalah kerana terdpat banyak makanan yang tinggi kalsium dan anda pasti dapat mencari sesuatu yang anda suka.

Dehidrasi

Setiap proses dalam tubuh anda bergantung kepada air. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, badan anda tidak akan berfungsi dengan baik. Satu kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa air minuman kira-kira 17 oz boleh meningkatkan kadar metabolik sehingga 30 peratus.

Kekurangan Protein

Protein turut memainkan peranan penting untuk mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sempurna. Sebagai perbandingan kepada karbohidrat atau lemak, protein mempunyai TEF (kesan terma makanan) yang agak tinggi. TEF adalah parameter yang mengukur peningkatan metabolisme yang berlaku selepas pencernaan. Tambahan, protein membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih cepat dan anda akhirnya mengambil lebih sedikit kalori.

Kurang Latihan Rintangan Dan Senaman

Latihan rintangan atau senaman dapat meningkatkan jisim otot dan mempunyai jisim bebas lemak dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar semasa berehat. Melakukan latihan rintangan yang minimum boleh memberikan perbezaan ketara.