6 Tanda Serangan Strok Ini Mungkin Akan Menyerang Anda

Ini 6 tanda yang menunjukkan serangan strok mungkin akan menyerang anda

Serangan strok adalah sama dengan serangan jantung tetapi dalam kes ini, ia menyeran otak anda. Sebenarnya, strok serebrum berlaku apabila beberapa bahagian otak anda terganggu dan menjadikan tubuh anda tidak berfungsi secara normal. Bahagian otak yang terjejas memerlukan perhatian perubatan dengan segera kerana ia penting untuk otak mendapatkan bekalan oksigen secara berterusan agar ia boleh berfungsi dengan normal. Berikut adalah enam tanda yang menunjukkan strok mungkin akan menyerang anda.

Gambar: Shutterstock

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada masalah seperti strok dengan merosakkan saraf otak atau melemahkan saluran darah dan melemahkan saluran danran dan akan menyebabkan kebocoran atau pecah. Selain itu, tekanan darah tinggi adalah punca kepada pembekuan dalam aliran darah dan membawa ke otak. Proses ini akan menyebabkan serangan strok.

Masalah Penglihatan

Strok juga boleh menyebabkan penglihatan anda berganda, kehilangan penglihatan dalam satu mata atau penglihatan kabur.

Kebas Pada Satu Sisi Badan- Muka, Tangan atau Kaki

Adalah biasa untuk pesakit strok merasa kebas atau lemah di bahagian muka, lengan atau kaki di kedua sisi badan. Dalam sesetengah kes, ada juga yang lumpuh di bahagian yang bertentangan di mana strok berlaku di dalam otak.

Pening Atau Penat Tanpa Sebab

Dalam satu kajian yang dijalankan, ia menunjukkan pening dan keletihan adalah antara faktor umum di kalangan pesakit yang mengalami strok. Situasi di mana pesakit berada dalam kekeliruan mungkin disebabkan oleh bahagian otak yang terjejas.

Migrain Secara Tiba-Tiba Atau Sakit Kepala Yang Teruk

Ketika strok, aliran darah ke otak telah disekat atau dipotong disebabkan oleh gangguan yang berlaku di dalam aliran darah. Ini akan menyebabkan luka atau kerosakan pada saluran darah dan ini akan menyebabkan gejala migrain yang datang secara tiba-tiba atau sakit kepala.

Tegang Di Bahagian Leher Atau Sakit Bahu

Saluran darah yang pecah di dalam otak akan menyebabkan rasa tengang di bahagian leher dan bahu. Sekiranya anda tidak dapat menyentuh dagu ke dada (memandangkan anda tidak obesiti atau mempunyai keadaan lain) ada baiknya jika anda berjumpa dengan doktor dengan segera.