10 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Kepada Doktor Mengenai Kanser Payudara

10 soalan ini wajib anda tanyakan kepada doktor agar anda lebih memahami penyakit kanser payudara

Sudah menjadi perkara normal untuk berasa takut ketika berada di dalam bilik rawatan. Sering kali, pesakit tidak pasti apa yang harus ditanya atau lupa untuk bertanya soalan penting kepada doktor. Sama ada anda berkemungkinan disahkan menghidap payudara atau tidak, ada beberapa soala yang boleh ditanyakan kepada doktor. Jawapan yang anda terima boleh membantu untuk memahami dengan lebih baik keadaan dan rawatan yang sepadan untuk diri anda.

kanser payudara

Gambar: Shutterstock

Ini ada 10 soalan yang boleh anda tanyakan pada doktor.

  1. Adakah saya akan kehilangan payudara saya jika disahkan menghidap kanser payudara?
  2. Adakah kanser payudara itu boleh membawa maut?
  3. Bagaimana dengan keadaan kanser saya?
  4. Bagaimana dengan keadaan saya di masa akan datang?
  5. Apakah pilihan rawatan untuk kanser saya?
  6. Apa yang akan terjadi jika saya tidak menerima rawatan yang sesuai?
  7. Apa yang boleh saya jangkakan daripada rawatan saya? Berapa lama masa yang diambil? Bagaimana saya akan rasa?
  8. Selain daripada rawatan kanser, adakah saya perlu mengambil ubatan yang lain? Jika perlu, apakah jenis ubatan yang perlu diambil dan berapa lama?
  9. Apakah kesan sampingan dan komplikasi yang akan saya hadapi daripada rawatan untuk kanser saya?
  10. Perlukah saya ubah rutin diet dan gaya hidup saya sebelum memulakan rawatan kanser?