Kasut Berteknologi Beri Lantunan Bertenaga

Kusyennya yang lebih tahan lasak, ringan dan konsistensi yang berpanjangan. 
1 of 8

Sejak 30 tahun lalu, jenama pakaian gaya hidup tersohor, Nike berterusan menyambung legasi Air Max dengan menaik taraf teknologi sedia ada bagi meningkatkan prestasi pasarannya. Terbaru, Nike menambah satu lagi ahli keluarga Air Max iaitu Nike Air Vapormax yang memfokuskan kusyen yang lebih tahan lasak, ringan dan konsistensi yang berpanjangan.

Kecanggihan teknologi ini membolehkan kasut ini dilentur dan cukup fleksibel sesuai untuk aktiviti kecergasan seperti larian, slow jogging dan mendaki bukit. Bukan itu sahaja, tapaknya yang diperbuat daripada sejenis bahan yang menyerupai getah membolehkan ianya tidak licin untuk segala jenis permukaan.

1 of 8