Kao Malaysia Lanjutkan Kempen Welcome To My Modern Parenthood

Lengkap tip menjaga bayi bagi ibu bapa baru.

Kao Malaysia kini kembali dengan pelancaran kempen Welcome to My Modern Parenthood untuk tahun ketiganya. Kempen keibubapaan pertama di Malaysia kini kembali bagi menekankan betapa pentingnya masa keluarga berkualiti dengan menyediakan penyelesaian yang cepat, mudah dan menyeronokkan bagi ibu bapa yang sibuk bagi menjadikan rutin harian mereka lebih mudah diurus.

Gambar : Fujiwara Masaki, Presiden Kao Malaysia bersama replika The Malaysia Book of Records untuk bilangan pengedaran terbanyak buku panduan keibubapaan secara percuma.

Kao Malaysia telah memilih tema Hargai Masa Anda, Hargai Kebahagiaan Anda bagi menjayakan kempen tahun ini dan telah mengubah suai laman mikro kempen, termasuk versi digital buku panduan keibubapaan  iaitu, The Secret to My Modern Parenthood, yang boleh dimuat turun secara percuma. Dicipta bersama dengan Kao Japan Lifestyle Research Centre dan Positive Parenting, the Official Parenting Educational Arm of the Malaysian Paediatric Association buku panduan ini menyediakan saranan serta trik bagi digunakan untuk penjagaan bayi serta penyelesaian kerja rumah yang mudah.

Menurut Presiden Kao Malaysia, Fujiwara Masaki berkata, mereka sentiasa berdedikasi dalam memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia. Dengan menggunakan kempen terdahulu sebagai rujukan, syarikatnya telah menetapkan satu pencapaian baru dengan mengambil pendekatan yang lebih digital dan inovatif bagi menepati gaya hidup semasa ibu bapa millennial.

Sebanyak 39,000 buku panduan telah diedarkan kepada NGO, hospital serta pelbagai rakan penjagaan kanak-kanak. Inisiatif ini telah menyebabkan buku panduan berkenaan mendapat penghargaan dalam The Malaysia Book of Records iaitu bilangan pengedaran terbanyak buku panduan keibubapaan secara percuma.

Lanjutan kepada usaha Kao Malaysia dalam menyediakan penyelesaian yang menjimatkan masa serta bebas kerumitan, terdapat beberapa kandungan dalam buku panduan tersebut dipilih dan dijadikan dalam bentuk video. Kao Malaysia menggandakan usaha pada tahun ini dengan menyasarkan ibu bapa millennial berumur antara 25 hingga 35 tahun.

Untuk maklumat lanjut atau ingin memuat turun buku panduan The Secret to My Modern Parenthood, layari laman web KAO Malaysia