Joven Kongsikan Kegembiraan Perayaan Krismas Bersama Persatuan Rumah K.I.D.S

Joven Marketing Sdn Bhd telah kongsikan kegembiraan dalam sambutan Krismas yang diadakan pada Disember lalu bersama Persatuan Rumah K.I.D.S.

Krismas adalah perayaan di mana kegembiraan dan kebahagiaan dikongsikan bersama dan Joven Marketing Sdn Bhd telah menganjurkan sambutan Krismas di Persatuan Rumah K.I.D.S yang terletak di Subang Jaya pada 19 Disember yang lalu.  Sambutan meriah ini diadakan untuk meraikan 19 kanak-kanak, dalam lingkungan usia lima sehingga 17 tahun.

Aktiviti yang diadakan termasuklah permainan kerusi muzik, persembahan daripada kanak-kanak dan pemberian beg cenderahati yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Joven turut menyumbangkan lima unit Pemanas Air Pancuran dan dua unit Pembersih Air ke rumah berkenaan lengkap dengan pemasangan.

Dengan sumbangan pemanas air ini, kanak-kanak ini akan dapat menikmati waktu mandi mereka tanpa perlu risau akan air sejuk pada waktu pagi atau malam selain mendapat bekalan air bersih berikutan penggunaan penapis air.

Acara sambutan ini dimulakan dengan ucapan yang disampaikan Pengarah Joven Marketing Sdn Bhd, Kim Tan.

“Kami gembira menjadi tuan rumah untuk sambutan Krismas ini dan kongsikan kegembiraan pada musim Krismas ini. Kami berharap sumbangan yang diberikan akan dapat memberikan keselesaan pada kehidupan mereka,”- Kim Tan.

Sebaik sahaja selesai ucapan, acara diteruskan dengan aktiviti kerusi muzikal dan persembahan tarian daripada kanak-kanak Persatuan Rumah K.I.D.S. Beg cenderahati turut disediakan untuk penghuni rumah tersebut. Ia mengandungi tuala mandi, tuala tangan, alat tulis, makanan ringan dan minuman. Bagi pemenang acara kerusi muzikal, hadiah khas turut disediakan.

Pihak Joven turut menyediakan makanan untuk menambah tenaga mereka selepas melakukan aktiviti yang disediakan. Menurut pengurus pusat tersebut, David Jannsen, sebelum memiliki pemanas air, kanak-kanak di pusat itu mempunyai masalah mandi dengan air sejuk terutama buat kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma. Kini, selepas pemasangan pemanas air, mandi pada waktu pagi tidak lagi menjadi masalah buat mereka dan penapis air yang disumbangkan turut menyediakan air minuman yang lebih bersih.

Sambutan itu berakhir dengan sesi fotografi untuk merakamkan momen yang tidak dapat dilupakan ini kerana ia adalah musim Krismas yang penuh dengan kegembiraan.