Thailand dan Bali Jadi Destinasi Popular Penggemar Spa Kecantikan Dan Kesihatan

Bali dan Thailand menjadi lokasi hangat untuk peminat spa kecantikan dan kesihatan

Selain daripada melancong di lokasi yang menarik, merasai pengalaman spa kecantikan dan kesihatan turut menjadi aktiviti utama ketika melancong ke luar negara. Tiada apa yang lebih menyeronokkan daripada merehatkan badan dan menenangkan minda ketika sedang bercuti. Dan ini telah dibuktikan dengan tempahan untuk pengalaman Airbnb yang berkaitan dengan kesejahteraan telah meningkat lebih daripada 572 peratus dari 2017 hingga 2018.

Pertumbuhan ini kelihatan sangat ketara di kalangan warga emas (umur 60+) dan Gen Z dan millenial (umur 18 hingga 24 tahun) dengan pertumbuhan lebih daripada 800 peratus dalam kedua-dua kumpulan umur tersebut.

Menurut Global Wellness Institute (GWI), pelancongan kesejahteraan di Asia Pasifik telah meningkat 33 peratus dalam tempoh dua tahun yang lalu, menjadikannya pasaran yang paling pesat berkembang. Malah, Thailand, Indonesia, dan Malaysia adalah antara tiga pasaran pelancongan kesejahteraan utama di Asia Tenggara.

Di Asia, bandar-bandar yang mengalami pertumbuhan yang paling ketara dalam pengalaman kesejahteraan Airbnb ialah Bali, Bangkok dan Chiang Mai. Bali berada di tempat teratas dalam senarai bandar-bandar yang berkembang maju dengan pertumbuhan pengalaman kesejahteraan yang ditawarkan.

Dan dengan sistem kategori “Passion” yang khusus di platform Airbnb, pengembara boleh mengembara dengan mudah disebabkan oleh ketersediaan pengalaman kesejahteraan untuk hampir setiap jenis rejimen penjagaan diri.

Jika anda bercadang untuk melancong ke Chiang Mai, Bangkok dan Bali, ini ada beberapa jenis rejim penjagaan diri yang boleh anda cuba.

1 of 6

Hasilkan Bebola Herba Thai Anda Sendiri (Chiang Mai)

Pakar urut Kanokwan akan mengajar anda sejarah dan sifat Bebola Herba Thai. Sama ada anda sukakannya dalam keadaan segar atau kering, antara manfaat bebola herba termasuklah menenangkan otot dan merangsang aliran darah dengan sifat daripada herba ubatan yang digunakan. Anda akan dapat membawa pulang bebola herba anda, dan juga menikmati urutan selepas sesi kelas selesai.

Untuk lebih info anda boleh klik di sini

1 of 6