Tarikan Menarik Di Australia Musim Luruh Ini

Banyak aktiviti menarik untuk anda cuba jika melawat Australia Barat.

Sebut sahaja mengenai musim luruh, pasti yang terlintas dalam fikiran adalah daun kemerahan yang gugur dan semestinya ia adalah pemandangan yang sangat cantik. Walaupun Malaysia tidak mempunyai musim luruh namun itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati musim itu di negara lain. Salah satu tempat terbaik untuk anda merasai sendiri musim luruh ini adalah di Australia Barat.

Dengan penerbangan yang mengambil masa hanya 5.5 jam dari Kuala Lumpur untuk anda memasuki dunia baru iaitu Perth dan alami sendiri pelbagai aktiviti dari tarikan semula jadi sehinggalah ke acara yang menarik. Namun, jika anda tiada idea, anda boleh cuba enam aktiviti yang Jelita cadangkan ini. 

1 of 7

Mendekati Mamalia Terbesar Di Dunia

Tahukah anda bahawa setiap tahun, ikan paus biru yang sukar untuk dijumpai itu akan berkumpul untuk memakan krill di Perth Canyon? Perth Canyon adalah sebuah tempat yang lebih besar daripada Grand Canyon tetapi ia terletak di bawah air.

Di antara bulan Mei dan Disember, anda boleh ikuti penghijrahan tahunan ikan paus biru ketika mereka berenang di sepanjang pantai Australia Barat. Anda boleh mendekati ikan paus biru ini dengan menyertai pelayaran menonton paus di pelbagai kawasan bermula dari Perth Canyon sehinggalah ke utara pantai Kimberley. Masa yang terbaik untuk anda melihat gergasi jinak ini di lautan adalah pada waktu tengah hari, ketika matahari berada tegak di kepala. Jadi, jangan lupa cermin mata hitam dan topi anda.

1 of 7