Pameran Hello Kitty Dan Watak Sanrio Terbesar Di Asia Tenggara

Pameran Hello Kitty ini turut menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman

Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak  comel dan antara watak yang paling menyerlah adalah Hello Kitty. Sejak berdekat lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman anda masih kanak-kanak sehinggalah sekarang.

Kini, setelah mendapatkan lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan akan datang ke Malaysia untuk pameran Our Sanrio Times yang akan diadakan di Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall bermula dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, dari jam 11 pagi sehingga 9 malam, setiap hari!

Kawasan pameran sebesar 1,500 meter persegi ini menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan anda melihat secara dekat dan merakam foto bersama 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang  menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan.

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini akan dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan sahaja tarikan yang sempurna untuk keluarga dan anak-anak tetapi juga sesuai buat anda yang ingin mengimbau kenangan lalu dan pada masa yang sama mencipta kenangan yang baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini diilhamkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua adalah replika dompet syiling Hello Kitty. Ia adalah barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan kerjasama Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih daripada 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Jepun akan berada di pameran ini untuk melukis lakaran eksklusif sembilan watan Sanrio terkenal. Bagi anda yang meminati watak Sanrio, anda berpeluang untuk belajar meluki watak kegemaran melalui tutorial satu persatu yang ditunjukkan oleh pereka. Ini adalah peluang untuk anda mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

Rakam Kenangan di The Plushy World

Hello Kitty

Anda juga berpeluang untuk melihat secara dekat Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa anda ke sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang akan membuatkan anda mengenang semula watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; “Paper Doll Fun’ akan mengingatkan anda pada masa yang menyeronokkan dengan memberikan sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala “Strawberry Newsroom’ membenarkan anda untuk melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.

Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King.  Selain itu, anda juga aboleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio. Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan.

Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
• Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
• Warganegara Malaysia: RM33
• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau www.facebook.com/oursanriotimes/ atau Instagram oursanriotimes.malaysia.