Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Bulan Ramadan Ini

Siapa kata bulan Ramadan tidak boleh pergi bercuti?

Perkara yang paling jarang sekali dilakukan ketika memasuki bulan Ramadan adalah pergi melancong untuk mengelak daripada ketidakselesaan atau memenatkan diri sendiri ketika berada di tanah orang di mana cara hidup, tradisi dan budaya mungkin agak asing dan tidak mudah untuk diikuti.

Bagaimanapun, bertentangan dengan kepercayaan popular tersebut, melancong pada bulan Ramadan sebenarnya membuka pintu lebih luas untuk anda meneroka, menghayati dan mempelajari beberapa aspek budaya Ramadan yang anda tidak ketahui.

Dengan itu, Traveloka mencadangkan lima destinasi pelancongan yang boleh anda kunjungi pada bulan Ramadan ini.

1 of 4

Istanbul, Turki

Sebahagian Asia, sebahagian lagi Eropah. Turki, sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang banyak adalah salah satu negara paling unik di dunia kerana ia merentasi dua benua. Keunikan dalam budaya, tradisi dan sejarahnya pasti akan membuatkan pengalaman bulan Ramadan anda lain daripada yang lain.

Ketika Aidilfitri, kebanyakan penduduk akan ke Istanbul untuk melawat bandar yang kaya dengan seni bina Islam, melawat Masjid Biru dan Hagia Sophia yang unik kerana ia dikatakan dapat memberikan semangat kepada anda secara mental dan rohani. Jalan di bandar itu pula seolah dalam suasana karnival dengan pelbagai persembahan jalanan. Ambil peluang untuk mencuba masakan Halal terkenal seperti Simit, Sucuk, Lahmacun dan banyak lagi. Kemudian, jangan terperanjat bila anda dikejutkan dengan bunyi gendang yang dimainkan oleh pemain dram di jalanan untuk mengejutkan penduduk tempatan bersiap untuk sahur.

1 of 4