Legoland Cabar Kreativiti Anak Dengan Tarikan Terbaru, Brick-or-Treat

Legoland Malaysia bawakan tarikan menarik sepanjang bulan Oktober ini untuk keluarga anda

Sepanjang bulan Oktober ini, LEGOLAND® Malaysia akan membuat pengubahsuaian lengkap kepada taman permainan yang mesra kanak-kanak namun pada masa yang sama menakutkan untuk perayaan Brick-or-Treat mereka. Tahun ini, anda dengan anak anda boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah seperti Speed Building Challenges di mana mereka boleh bekerja bersama dan belajar melalui keajaiban bermain.

Dihiasi dengan hiasan Halloween yang terbaik,  seluruh taman permainan itu akan dipenuhi dengan aktiviti yang boleh dinikmati bersama keluarga. Ini termasuklah Hut Activity Trail, di mana pengunjung dikehendaki untuk menyelesaikan tugas di pelbagai checkpoints. Anda juga boleh merakam memori indah bersama keluarga di tempat yang menarik di Laughter Castle atau lihat karakter kegemaran di Perarakan Harian Halloween .

Pada setiap Jumaat dan Sabtu pula, LEGOLAND® Malaysia Resort turut akan mengadakan Parti Malam Brick-or-Treat. Di parti meriah ini, anak anda boleh menggunakan imaginasi dan inovasi mereka untuk mengambil bahagian dalam Speed Building Challenge dan kemahiram menyelesaikan masalah di Trail Brick-or-Treat. Untuk memastikan mereka dapat menggunakan kemahiran utama yang mereka pelajari, kanak-kanak yang mengambil bahagian akan diberik ganjaran dengan hadiah sehingga RM500 dan pelbagai hadiah percuma.

Untuk memanfaatkan percutian ini, keluarga perlu mengambil kesempatan
daripada promosi yang ditawarkan ini:-

Promosi Butiran
Brick-or-Treat Party Nights (Jumaat dan  Sabtu | Dari 5.00pm hingga 8.00pm) Tiket kemasukan khas pada harga RM 88
Eksklusif untuk Pemengang Pas Premium (Jumaat dan Sabtus | 1 hingga 30 Oktober) Bawa rakan secara PERCUMA
Kemasukan PERCUMA untuk kanak-kanak (berumur tiga hingga 11 tahun)(Dari 1 hingga 30 Oktober) Kemasukan secara PERCUMA untuk kanak-kanak dengan kostum Halloween