Karakter Kegemaran Ramai, Garfield Kini Di Lost World of Tambun Cuti Sekolah Ini

Ambil peluang ini untuk berjumpa dengan karakter kucing kegemaran anda, Garfield di Lost World of Tambun

Cuti sekolah ini Lost World of Tambun membawakan karakter kegemaran ramai, kucing oren yang gemarkan lasagna klasik- Garfield bersama kawannya untuk memeriahkan pengunjung di taman tema tersebut.

Bermula dari 24 November sehingga 1 Januari 2019, pengungjung  boleh menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dari persembahan oleh watak kartun klasik ke stesen permainan mencabar yang pasti akan membuatkan anda terhibur sepanjang hari! Anda juga boleh mengumpul pelekat dengan pasport Garfield eksklusif setiap kali anda melalui stesen permainan yang bertemakan Garfield.

Jangan ketinggalan untuk menyertai Garfield dan  rakan semasa sesi temu dan ramah mesra di House of Garfield setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di mana karakter yang digemari ini akan membuat penampilan untuk berinteraksi dengan pengunjung. Tidak hanya itu, sempena dengan ulang tahun ke-40 Garfield, pengunjung yang dilahirkan pada bulan Disember boleh mendapatkan sepotong kek percuma pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Disember. Apa yang perlu anda lakukan adalah tunjukkan MyKid atau MyKad kepada krew LWOT.

Pengunjung juga boleh mempamerkan bakat tarian mereka dengan Garfield di Awesome Pool Party. Akhir sekali, lengkapkan penggembaraan anda bersama kucing besar oren itu di Garfield Show pada jam 6.30 petang setiap hari.

“Setiap orang mesti pernah mendengar, membaca atau menonton Garfield sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. ini yang menjadikan acara ini sebagai salah satu acara ikonik untuk krew LWOT. Krew LWOT telah bekerja keras untuk memastikan pengunjung gembira menghabiskan masa dengan orang tersayang sambil mengenang watak klasik yang dibawakan oleh LWOT,” Nurul Nuzairi- Pengurus Besar Lost World of Tambun.

Bagi pengguna media sosial, anda juga tidak ketinggalan daripada keseronokan yang ditawarkan. Anda berpeluang untuk memenangi tiket LWOT untuk lawatan seterusnya atau hadiah misteri jika anda menyertai pertandingan dalam talian LWOT.

Untuk lebih info mengenai kempen ini, jangan lupa untuk layari laman sesawang atau Facebook LWOT.