Jelajah Singapura Bersama Aplikasi KLOOK!

Percutian ke destinasi pilihan lebih mudah dengan Klook!

Diasaskan di Hong Kong pada 2014, Klook adalah platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan paling utama di dunia. Klook memberikan cara yang telus serta mudah untuk anda meneroka serta membuat tempahan tarikan popular, lawatan tempatan, tiket keretapi, pilihan makanan dan pengalaman unik di seluruh dunia melalui laman sesawang serta aplikasinya.

Dalam hanya beberapa saat, anda boleh mendapat akses kepada lebih 50,000 pilihan aktiviti serta perkhidmatan daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia. Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah acara tarikan dan pertunjukan, aktiviti, lawatan, makanan dan restoran, pengangkutan tempatan serta sambungan wifi.

Baru-baru ini Jelita berkesempatan mengembara ke bumi Singapura menggunakan aplikasi Klook untuk ke beberapa tarikan menarik di sana. Kembara tiga hari dua malam tersebut membuahkan pengalaman serba indah, apatah lagi proses untuk masuk ke lokasi seperti Singapore Zoo, Universal Studios Singapore dan Art Science Museum sangat mudah setelah melakukan tempahan di platform Klook. Ayuh lihat apa yang menariknya di Singapura!

HARI PERTAMA

Perkara pertama yang kami lakukan setelah tiba di Singapura adalah mengambil sim card M1 yang dikhususkan untuk pelancong, di mana anda boleh dapatkan data sebanyak 100GB! (Tempah di: https://www.klook.com/activity/1460)

Seterusnya, kami menaiki kenderaan dari Singapore Changi Airport ke Hotel G Singapore. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/1681)

Perjalanan hari pertama dimulakan dengan Singapore Zoo yang cukup terkenal di kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Boleh lihat, kebanyakan pengunjung terdiri daripada keluarga bersama anak yang tampak seronok mendekati pelbagai jenis haiwan yang ada di sini. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/141)

Setelah itu, kami pergi pula ke River Safari yang terletak di kawasan Singapore Zoo juga. Ia adalah safari yang memperlihatkan pelbagai jenis hidupan air. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/124)

Apabila malam menjelma, kami berkesempatan merasai keunikan Rainforest Lumina di Singapore Zoo. Pada waktu malam, zoo ini bertukar menjadi kawasan yang dilimpahi cahaya memukau. Sesuai buat anda yang suka mengambil gambar kreatif untuk diabadikan di laman sosial. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/11658)

HARI KEDUA

Hari berikutnya, pagi-pagi lagi kami sudah bergerak dari hotel menuju ke Singapore Cable Car Skypass. Ia kemudian membawa kami ke Mount Faber! (Tempah di: https://www.klook.com/activity/130)

Setelah tiba di puncak, kami sempat menikmati hidangan enak untuk makan tengahari di Faber Peak. Suasana di sini sungguh menenangkan dengan tiupan angin lembut menyapa diri kala menjamu selera. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/2122)

Perut sudah kenyang! Kemudian kami meneruskan aktiviti dengan mencuba Megazip dengan ketinggian 450m. Aktiviti lasak yang cukup menyeronokkan! (Tempah di: https://www.klook.com/activity/713)

Hari masih siang, jadi kami teruskan perjalanan ke Trick Eye Museum. Di sini, anda boleh saksikan pelbagai helah ilusi optikal yang mengujakan. Cantik juga untuk bergambar! (Tempah di: https://www.klook.com/activity/118)

Tidak lengkap percutian di Singapura jika anda tidak singgah ke Universal Studios Singapore! Banyak aktiviti dan ride mencabar diri yang boleh anda cuba. Memang terasa cepat masa berlalu apabila berada di USS. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/117)

Malam pula, kami makam malam di Singapore Flyer Premium Sky Dining. Sambil menjamu selera, anda boleh menikmati pemandangan malam bandar ini dengan lebih jelas. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/143)

HARI KETIGA

Hari terakhir di Singapura, kami singgah di Gardens by the Bay & OCBC Skyway yang cukup memukau pandangan. Apabila anda menempah dengan Klook, anda boleh dapatkan pakej untuk ke Cloud Forest dan Flower Dome. Harga yang ditawarkan juga lebih murah. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/2886)

Penat berjalan, kami berehat sebentar dan menikmati makan tengahari di Satay by the Bay di Gardens by the Bay. Kawasan ini adalah medan selera, di mana anda boleh memilih variasi juadah mengikut selera. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/9130)

Perjalanan diteruskan ke Marina Bay Sands Skypark untuk melihat pemandangan luar biasa kota metropolitan ini. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/1584)

Selepas itu, kami singgah di Art Science Museum. Di sini, anda boleh melihat pameran rekaan unik Strandbeest dan masuk ke Marvel Studios. (Tempah di: https://www.klook.com/activity/2501)

Anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan serta akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui Klook, iaitu:
● Tempahan pada hari yang sama dan pengesahan pembelian serta-merta.
● Baucar di telefon mudah alih sebagai e-tiket.
● Akses pantas tanpa perlu beratur supaya anda boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati aktiviti serta tarikan yang disediakan.

Mulakan pengembaraan Klook anda sekarang untuk semua taman tema, aktiviti pelancongan serta kemudahan seperti pengangkutan di lapangan terbang, tiket pengangkutan, wifi poket dan banyak lagi dengan menggunakan kod promo <KLOOKAWAY20> yang melayakkan anda menerima diskaun RM20 untuk tempahan pertama. Anda boleh kunjungi www.klook.com untuk dapatkan maklumat lanjut.