Elakkan Perkara Ini Ketika Sedang Bermusafir

Bermusafir bukan alasan untuk anda melakukan perkara ini

Apabila seseorang itu bermusafir iaitu  membuat perjalanan lebih dari dua marhalah (89 km), maka ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Tidak ketinggalan juga dengan perkara yang dilarang untuk dilakukan ketika sedang bermusafir. Berikut adalah perkara yang perlu dielakkan ketika sedang bermusafir.

bermusafir

Gambar: Shutterstock

  • Tidak solat dalam perjalanan (dengan alasan tidak tahu kiblat dan waktu solat)
  • Tidak menjaga aurat dan batasan dengan alasan tiada orang mengenali anda.
  • Makan dan minum tanpa mencari yang halal (asalkan bukan khinzir dan arak) tanpa mementingkan tentang ramuan lain dan cara penyediaan.
  • Mengamalkan budaya tempatan yang bersifat keagamaan dan kepercayaan.
  • Tidak menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan
  • Tidak bertegur sapa dengan warganegara sendiri apabila bertembung di luar negara kerana bukan dari kumpulan lawatan yang sama