Bercuti Dikelilingi Bunga Liar Di Australia Barat

Gambar OOTD Instagram anda lebih menarik dikelilingi bunga liar

Tiada apa yang lebih istimewa daripada dapat merakam momen bahagia saat bercuti. Lebih istimewa jika ia adalah destinasi yang dikelilingi bunga liar yang cantik. Australia Barat adalah tuan rumah kepada koleksi bunga liar terbesar di Bumi. Dengan bungan berwarna lebih daripada 12,000 spesies; 60 peratus daripada jenis bunga tersebut tidak dapat dijumpai di tempat lain.

Lebih menarik lagi, Australia Barat dilaporkan mempunyai musim bunga liar yang terbaik dalam satu dekad. Dan musim itu berlaku pada tahun ini! Walaupun bunga liar ini boleh ditemui di pelbagai kawasan di seluruh Australia Barat, tetapi lima lokasi ini mempunyai bunga liar terbaik yang layak diambil untuk gambar kenangan di Instagram.

1 of 5

Pilbara Region, North West (Julai hingga September)

Terokai Barat Laut Australia Barat, di mana anda akan dapat melihat permandangan indah bunga cantik yang bertentangan dengan tanah bumi merah berdebu dan rumput Spinifex keemasan. Jejak Pilbara yang terletak di Taman Negara Karijini ini tidak boleh dilepaskan terutama dengan bunga liar dari pelbagai warna, saiz dan bentuk seperti Sturt’s Desert Pea, Mulla Mulla, Ashbuton Pea atau daripada 65 spesies Acacia (wattle) yang boleh dilihat di rantau ini. Banyak tumbuhan dan bunga di Pilbara yang telah berkembang dengan penyesuaian yang unik untuk bertahan dalam iklim yang gersang dan menerima curahan hujan pada musim panas melalui tropika siklon.

Selain daripada memburu bunga liar, anda juga boleh menikmati matahari terbenam atau terbik di puncak Mt. Nameless, “Spiderwalk” merentas Hancock Gorge atau bersantai di air terjun dan kolam zamrud yang besar dan menyejukkan yang dapat dijumpai di Taman Negara Karijini ini.

1 of 5