8 Lokasi Game of Thrones Yang Boleh Anda Lawati

Lihat sendiri lokasi siri popular ini di Eropah dan Afrika Utara.

Siri televisyen popular, Game of Thrones bakal menghampiri penghujungnya. Mungkin sukar bagi peminat siri itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drama fantasi berikut namun Jelita punya berita baik untuk anda. Terdapat lapan lokasi penggambaran drama itu yang dibuka kepada orang awam. Jadi, inilah peluang anda untuk berada di dalam dunia Game of Thrones di lapan lokasi yang boleh dilawati ini. Dapatkan diskaun untuk destinasi pilihan anda, syarikat penerbangan dan penginapan yang sesuai dengan bajet apabila menggunakan aplikasi seperti Traveloka.

1 of 8

The Dark Hedges, Ireland Utara (Kingsroad)

The Dark Hedges terletak di utara Ireland dan ia dipenuhi dengan pokok beech yang terletak di sepanjang jalan yang berhampiran Ballymoney di County Antrim. Ranting pokok yang berpintal itu membentu gerbang di atas jalan raya, menjadikannya tempat yang menarik untuk pelancong dan pelukis. Dalam Games of Thrones, jalan ini dikenali sebagai Kingsroad dan ia boleh dilihat dalam babak apabila Arya dan Gandry dilihat melarikan diri dari King’s Landing pada akhir musim dua. Ia juga turut digunakan dalam peperangan keluarga Stark. Kini, anda punya lebih banyak alasan untuk melancong ke Ireland Utara kerana anda boleh melihat set penggambaran perjalanan ke King’s Landing yang dibina oleh krew produksi pada musim lapan kerana mereka telah memutuskan untuk membiarkan set penggambaran itu sebagai tarikan pelancong sebaik sahaja drama itu selesai.

1 of 8