6 Destinasi Memukau Di Perth Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Perth!

Inginkan pengembaraan yang mencabar? Australia Barat adalah destinasi sempurna untuk anda yang dahagakan lokasi mencabar sebagai destinasi percutian.  Tidak kiralah jika anda gemar makan, pencinta alam, suka melawat galeri atau suka menghabiskan masa dengan orang yan tersayang, Australia Barat punya sesuatu untuk anda. Jelita kongsikan enam destinasi memukau di Perth yang berbaloi untuk anda kunjungi.

1 of 6

Yagan Square, Perth

Yagan Square tidak sama seperti lokasi lain di bandar. Terletak di tengah Daerah Pusat Perniagaan Perth, Yagan Square adalah salah satu tempat paling popular di bandar ini kerana ia penuh dengan aktiviti menarik untuk dilakukan. Pada waktu siang, terdapat banyak kafe dan restoran yang terletak di kawasan seni awam, sekali gus menyediakan banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan. Pada waktu malam pula, nikmati hidangan kegemaran anda sambil menonton persembahan cahaya yang menakjubkan untuk memperingati pahlawan Aborigin, Yagan dan merayakan budaya asli Australia Barat. Di sini juga terdapat lebih daripada 20 restoran berbeza yang pasti akan dapat memenuhi cita rasa anda!

1 of 6