10 Hotel Bajet Bawah RM500 Di Pulau Pinang

Seleksi hotel bajet di Pulau Pinang yang selesa dan nyaman

Bagi anda yang gemar mencari makanan enak untuk dicuba, maka Pulau Pinang adalah destinasi percutian yang sesuai. Digelar sebagai Mutiara Timur, Pulau Pinang adalah sebuah syurga bagi pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan juga Singapura. Makanan di Pulau Pinang melambangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India.

Selain daripada makanan yang enak, Pulau Pinang juga terkenal dengan destinasi percutian yang menarik seperti Batu Feringghi, Bukit Penang, George Town dan banyak lagi. Mencari tempat penginapan juga sangat mudah. Jika anda inginkan percutian kos rendah, ini ada beberapa senarai hotel bajet bawah RM500 yang selesa dan bersih untuk anda cuba.

1 of 10

Hotel Sentral, George Town

Terletak di Tapak Warisan Budaya UNESCO di Pulau Pinang, Georgetown, Hotel Sentral menawarkan bilik dengan rekaan moden yang berhawa dingin dengan servis Wi-Fi percuma dan tempat letak kenderaan percuma. Ia juga terletak berdekatan dengan stesen bas untuk memudahkan anda untuk ke destinasi percutian menarik seperti Bukit Bendera, Gurney Plaza dan banyak lagi.

Bilik ini dicat dengan warna cerah dan mempunyai lantai kayu keras. Ia dilengkapi dengan TV satelit skrin rata, kemudahan untuk membuat teh atau kopi dan peti sejuk peribadi. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian air panas dan juga pengering rambut. Hotel ini turut menyajikan masakan tempatan dan juga barat.

Tarikan Berdekatan:

-15 minit pemanduan dari persiaran pinggir laut popular, Gurney Drive terkenal dengan makanan jalanan dan pusat membeli-belah.

-10 minit berjalan kaki dari Komtar dan 1st Avenue Shopping Mall

-30 minit pemanduan untuk ke Kuil Kek Lok Si dan Bukit Bendera.

-Lapangan Terbang Antarabangsa Penang terletak 20 minit dari hotel jika memandu dengan kereta.

Harga: Dari RM203+ semalaman

Alamat: No 12, Lorong Kinta, Georgetown, 10400 George Town

1 of 10