Jom Jalan Sekitar Miri

Ada apa dengan Miri? Lihat sahaja di sini.

Miri yang juga adalah bandar pesisir pantai di Sarawak menyaksikan kepelbagaian etnik dan budaya unik, di samping lokasi indah yang boleh anda kunjungi. Jelita telah berkesempatan melihat sekitar bandar Miri bersama Marina ParkCity dan Miss Grand Malaysia 2019 baru-baru ini. 

Marina ParkCity adalah township yang menghadap Laut China Selatan dengan pelan induk 550 ekar. Mereka berusaha mengembangkan pusat bandar Miri bagi menjadikannya kawasan untuk semua. Ia dibahagikan kepada empat daerah; Waterfront, Riverpark, Cityfront dan Market. Setiap satunya dibangunkan dengan ciri unik yang menyumbang kepada urbanisasi Miri. Sempena dengan Tahun Melawat Sarawak 2019, ini adalah tempat yang mesti anda kunjungi saat berpergian ke Miri.

Miri Times Square

Disiapkan sepenuhnya pada 2018, Miri Times Square merangkumi pejabat, unit SOHO dan kedai. Ia direka dengan begitu sistematik dan menggabungkan landskap mendamaikan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah, menjamu selera, berhibur malah bekerja di sini. Lokasinya juga mudah diakses dan selamat.

Baru-baru ini seramai 24 peserta akhir Miss Grand Malaysia 2019 telah membuka tirai kepada arca berbentuk LOVE di Miri Times Square. Marina ParkCity juga bersama-sama Miss Grand Malaysia 2019 telah ke rumah kebajikan di Miri bagi menyumbangkan cek sumbangan. Ia dilakukan sebagai sebahagian daripada sumbangan Marina ParkCity kepada masyarakat tempatan, dengan penglibatan gadis anggun yang ingin dekatkan diri dengan Miri.

Marina Bay

Menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong berdekatan Laut China Selatan yang terdiri daripada kawasan komersil dan tempat riadah. Di sini juga menempatkan pangkalan khas tempat kapal layar dan bot berlabuh.

Coco Cabana

Tidak sah kunjungan ke Miri tanpa pergi ke Coco Cabana yang sangat mendamaikan jiwa. Di sini anda boleh menikmati pemandangan laut indah bertemankan angin yang menyapa lembut. Selain itu, terdapat juga lokasi untuk anda mengisi perut yang lapar dengan seleksi makanan tempatan yang mengujakan selera.

Marina Square

Marina Square I dan Marina Square II telah memenangi SHEDA Excellence Award untuk outstanding Commercial (shop office) pada 2014 dan SHEDA Excellence Award untuk outstanding Commercial (shop office) pada 2016. Lokasi ini memiliki banyak pilihan kedai yang boleh anda dapatkan pelbagai keperluan seperti makanan dan sebagainya. Ia juga dibangunkan dengan kemudahan meletakkan kenderaan yang banyak.

Miri Central Park

Satu lagi lokasi pilihan untuk anda menghabiskan masa beridah bersama keluarga dan yang tersayang. Taman yang luas ini direka khusus untuk orang ramai ambil angin, berjalan, jogging, mengayuh basikal dan sebagainya berlatarkan landskap indah. Ia turut menjadi lokasi untuk seisi keluarga melakukan aktiviti berkelah, selain tempat berlangsungnya pelbagai acara budaya, perayaan dan hiburan tempatan.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh melawat banyak lagi tempat menarik yang lain seperti Pantai Tusan, Miri Handicraft Centre dan Pasar Tamu Muhibbah, selain mendapatkan aneka juadah enak tempatan contohnya Laksa Sarawak, Mi Kolok dan sudah tentu Kek Lapis yang menjadi kegemaran ramai!