Jenama Set Bersalin Pilih Anzalna Nasir Sebagai Duta

Rezeki anak buat sang jelitawan.

Pelakon, Anzalna Nasir telah dipilih sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019. Anzalna yang kini sedang hamil, menepati ciri misi untuk meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, Anzalna dipilih sebagai duta jenama itu bukan sahaja semata-mata kerana imejnya di negara ini, tetapi juga kerana aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkannya dengan menggunakan produk NR adalah asas pelantikan aktres tersebut.

Sebagai duta, Anzalna telah menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu telah diproses menggunakan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISB adalah syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR. Produk terbaru keluarkan MISB adalah parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi yang akan dilancarkan pada 25 April 2019.