Jelita Raikan Aidilfitri Bersama Eira Syazira

Eira Syazira menghiasi muka depan Majalah Jelita edisi Jun kali ini. Dapatkan juga Jelita Sajian yang menampilkan pelbagai resipi mudah untuk dicuba.

Eid Mubarak daripada Jelita yang membawa bingkisan istimewa bersama edisi Jun. Selain berkongsi kisah jelitawan, Eira Syazira sebagai penghias muka depan, buku Sajian Jelita turut dijadikan hadiah Aidilfitri istimewa buat anda.

Eira yang baru saja melahirkan puterinya yang ketiga berkongsi kisah terbaru dan mengapa dia kini memiliki kediaman di Jakarta, Indonesia. Apakah projek terbarunya? Apa rahsia dia tampil langsing kini? Bagaimana dia mengekalkan kebahagiaan cintanya dengan aktor, Azad Jasmin?

Buku Sajian Jelita menampilkan pelbagai resipi mudah dicuba untuk puasa dan Syawal ini. Lebih menarik, resipinya boleh digunakan pada bila masa saja. Simpan buat selamanya ya…

Lihat juga cadangan solekan dan fesyen untuk Raya nanti. Kisah rakyat Malaysia beraya jauh di perantauan dan balik kampung dengan anak kecil dengan selamat.

Semua ini dan banyak lagi dalam Jelita edisi Jun.