Jelita Edisi Disember 2018 bersama Datuk Syafinaz Selamat

Senarai pemenang Anugerah Belai Diri 2018 turut diumumkan!

Jelitawan bersuara soprano paling merdu di Malaysia menghiasi edisi Disember ini, tidak lain tidak bukan, Datuk Syafinaz Selamat.

Tampil begitu anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini, Syafinaz amat terbuka bercerita pelbagai topik yang anda ingin ketahui. Daripada pembabitannya dalam Mentor 7, bagaimana dia berjaya menepis gosip & kontroversi hinggalah sebab dia tidak memiliki akaun media sosial selama ini.

Paling dinantikan – pengumuman Anugerah Belai Diri 2018 menutup tirai tahun ini di mana anda boleh melihat senarai spa, medispa dan klinik aestetik yang telah team Jelita cuba dan nobatkan sebagai pemenang di atas servis dan produk yang cemerlang. Tidaklah anda perlu ragu dan gusar jika mahu mengunjunginya kelak.

Selain itu, Jelita mengimbau kembali hasil kerja pereka fesyen tempatan yang tahun ini mula mendapat perhatian pembeli lokal malah ada yang rekaannya setanding peringkat antarabangsa!

Lama juga ruangan Sajian tidak menampilkan menu pemanis mulut dan bulan ini, kami bekerjasama dengan Kek&Co untuk berkongsi resipi kek dan manisan yang anda boleh cuba sendiri.

Semua ini dan banyak lagi dalam edisi Disember!