Jadi Anak Seni Berkualiti, Jangan Tamak- Pesan Datuk Sheila Majid

Dia juga pernah memberi teguran kepada media arus perdana untuk menapis kelompok yang ingin menjadi artis dan pastikan hanya yang berkualiti boleh memasuki arus media ini.

Bergelar anak seni mungkin agak mudah namun untuk menjadi anak seni berkualiti, banyak faktor perlu dilihat dan diseimbangkan dalam memberikan hiburan terbaik untuk masyarakat. Ingin menjadi penghibur berjaya juga, seseorang itu perlu bersikap terbuka menerima nasihat orang lama. Jelas Datuk Sheila Majid, kejujuran dalam melaksanakan tugas rencah paling penting sekali.

Image result for sheila majid

“Kita buat kerja kena jujur. Apa yang dihasilkan perlu ikhlas dan berkualiti. Zaman sekarang, saya banyak lihat anak seni yang masih mentah dalam industri ini tidak berpegang pada jati diri dan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Daripada penyanyi terjun pula ke bidang lakonan kemudian ke bidang pengacara. Tidak semestinya anda berbakat dalam bidang nyanyian, anda juga boleh berlakon. Sama juga seperti nyanyian, semua orang boleh menyanyi tetapi adakah bakat itu cukup untuk bergelar seorang penyanyi?” soalnya.

Jelasnya lagi, dia juga pernah memberi teguran kepada media arus perdana untuk menapis kelompok yang ingin menjadi artis dan pastikan hanya yang berkualiti boleh memasuki arus media ini.

Image result for sheila majid

“Biarlah dia nak promosikan diri dalam laman media sosial tetapi selagi dia belum mampu menembusi media aliran semasa, dia belum cukup bagus untuk digelar anak seni berkualiti. Sekarang ini, semua orang mahu jadi ‘artis.’ Masyarakat pun sudah keliru, tidak tahu yang mana satu penyanyi, selebriti atau personaliti. Padahal, kesemua pekerjaan ini adalah berbeza, tidak boleh dicampur adukkan. Kita tidak boleh miliki semuanya pada satu masa kerana mempunyai bakat itu anugerah Allah SWT dan kesannya, masyarakat kini tidak lagi mengganggap muzik itu seni,” tegasnya.