Ini Empat Kelebihan Berpuasa Untuk Kesihatan Anda

Jelita kongsikan empat kelebihan berpuasa untuk kesihatan anda.

Berpuasa bukan sahaja mengajar  untuk bersabar dalam menahan dahaga dan lapar tetapi ia juga sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kesihatan anda. Ibadah berpuasa adalah salah satu cara yang efektif untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan. Jelita kongsikan empat kelebihan berpuasa untuk kesihatan anda.
 
Kurangkan Berat Badan


 
Berpuasa adalah cara efektif sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana anda tidak perlu untuk makan tengahari atau mengambil sarapan yang berat. Namun, pastikan juga anda mengambil makanan yang seimbang sewaktu berbuka puasa.
 
Mengurangkan Paras Gula Dalam Darah


 
Ketika berpuasa, pengambilan gula (glukos) akan tersekat dari sahur sehinggalah berbuka. Dalam masa lebih kurang 14 jam tersebut, ia dapat menstabilkan kadar glukos dalam darah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kepekaan insulin.
 
Mengurangkan Tekanan Darah


 
Berpuasa juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini terjadi kerana gabungan dari tahap isulin yang lebih rendah dan paras glukos darah yang lebih konsisten.
 
Gaya Hidup Yang Lebih Sihat


 
Secara keseluruhannya, bulan puasa ini adalah masa yang sesuai untuk mengubah tabiat buruk seperti merokok, makan berlebihan dan sebagainya. Bulan puasa juga dapat melatih diri daripada berhenti merokok dan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan anda secara keseluruhannya.

Sumber: KPJ Damansara Specialist Hospital