Ini 5 Perkara Mengenai Miss Universe 2018, Catriona Gray Yang Paling Mengejutkan

Kenali pemenang Miss Universe 2018, Catriona Gray daripada Filipina

Tahniah diucapkan kepada Miss Universe yang baru iaitu Miss Philippines Catriona Gray.

Tempat kedua pula dimiliki oleh peserta daripada Afrika Selatan, Tamaryn Green dan Sthefany Gutiérrez dari Venezuela berada di kedudukan ketiga.

Acara tahunan itu telah di diadakan di Bangkok, Thailand dan kali ini hampir 100 wanita dari seluruh dunia bersaing untuk mendapatkan mahkota yang menjadi dambaan. Steve Harvey kembali mengacarakan pertandingan tersebut bersama Ashley Graham, Carson Kressley dan Lu Sierra.

Persaingan sengit antara 100 wanita telah menyaksikan lima wanita memasuki pusingan akhir dan ini termasuklah Gray, Miss Vietnam H’Hen Nie, Miss Canada Marta Magdalena Stepien, Miss South Afrika Tamaryn Green dan Miss Venezuela Sthefany Gutiérrez.

Dengan kemenangan Catriona Gray, ini ada lima perkara mengenainya yang perlu anda tahu.

1 of 5

Berketurunan Scotland dan Filipna

 

Bapa Catriona, Ian Gray berasal dari Scotland manakala ibunya, Normita Magnayon adalah anak jati Filipina. Ketika pertandingan itu berlangsung, Catriona mengatakan yang di rapat dengan ibu bapanya terutama sekali dengan bapanya. Menurut Newsweek, peserta berusia 24 tahun itu dilahirkan di Cairns, Australia dan berpindah ke Filipina ketika berusia 18 tahun. Dilaporkan Catriona menggunakan wang hasl pendapatannya menjadi seorang model untuk membeli tiket ke Filipina untuk memulakan kerjayanya di sana.

1 of 5

Berketurunan Scotland dan Filipna