Inap Santai Berlatarkan Suasana Ibu Kota

Pavilion Hotel by Banyan Tree mengungkap 1,001 cita rasa mewah.

Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree menjadi hotel pertama di bawah Pavilion Group yang kini telah dibuka untuk awam. Jadikan percutian singkat hujung minggu sebuah memori indah dengan segala keistimewaan yang ditawarkan di hotel terbaru ini!

Kamar Selesa Cita Rasa Moden

Hotel serba mewah ini berdiri megah 13 tingkat di atas Pavilion Kuala Lumpur. Pavilion Hotel Kuala Lumpur mempunyai 325 kamar dan suite yang direka dengan sentuhan kontemporari yang bersesuaian dengan gaya hidup urban penduduk bandar.

Jenis bilik yang ada ialah City Oasis, Courtyard Oasis, Grand Oasis, Club City Oasis, Club Grand Oasis, Urban Studio dan Urban Suite. Untuk gaya yang lebih mewah, anda juga punyai pilihan Pavilion Suite dan Presidential Suite. Setiap kamar dilengkapi televisyen smart LED 55 inci, minibar dan mesin kopi kapsul.

Pengalaman Menjamu Selera Mengagumkan

Untuk pengalaman menjamu selera yang indah, anda boleh berkunjung ke tingkat lapan yang menempatkan The Courtyard. Restoran ini menawarkan hidangan sepanjang hari yang mengangkat juadah Malaysia yang menyelerakan dengan suasana menjamu selera penuh damai.

Anda juga boleh makan di Ebisu iaitu restoran makanan Jepun yang pastinya tidak akan mengecewakan selera makan anda. Setiap hidangan disediakan dengan penuh tetliti, menggunakan hanya bahan segar dan berkualiti tinggi.

Kemudahan Lain

Tidak cukup dengan itu, Pavilion Hotel Kuala Lumpur juga membuka peluang kepada warga korporat untuk mengadakan mesyuarat atau sebarang majlis menggunakan ruang acara yang luas dah boleh dipilih mengikut kesesuaian. 

Setelah penat berjalan sehari di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh cuba rawatan istimewa di Banyan Tree Spa yang disediakan di hotel ini. Anda boleh memilih rawatan berinspirasikan Asia daripada pakar terapi yang mahir dan telah menjalani latihan selama 350 jam yang dijalankan di Banyan Tree Spa Academy.

Sky Gym dan Rooftop Infinity Pool pula terletak pada tingkat 18 yang menawarkan pemandangan indah Kuala Lumpur. Anda juga boleh membeli-belah di Banyan Tree Retail Shop yang menjual pelbagai kraf tangan serta keperluan spa.

Untuk meraikan pembukaan Pavilion Hotel Kuala Lumpur, mereka melancarkan pakej di mana anda boleh menempah bilik dengan harga bermula RM498+ untuk satu malam dan nikmati bufet sarapan untuk dua orang, serta penjimatan 15 peratus untuk makan malam di The Courtyard. Anda juga boleh menikmati diskaun 30 peratus untuk sesi urutan badan di Banyan Tree Spa dan 15 peratus untuk produk Banyan Tree. Tawaran ini sah sehingga Jun 2019.

1 of 9

1 of 9