iKON Dan Winner Bakal Menghiburkan Peminat Hujung Minggu Ini

Nantikan penampilan iKON dan Winner di Stadium Malawati hujung minggu ini!

Jika anda peminat K-pop, pastinya malam hujung minggu anda akan lebih bermakna dengan kehadiran dua kumpulan K-pop ternama ini.

iKON

iKON dan Winner bakal menggegarkan stadium Malawati Shah Alam pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) dan 14 Oktober 2018 (Ahad). Ini adalah konsert jelajah dunia pertama untuk kumpulan iKON. Konsert bermula di Olympic Gymnastics Arena, Seoul pada 18 Ogos lalu.

Negara lain yang turut terlibat dalam konsert jelajah ini adalah Taipei, Bangkok, Singapore, Manila, Jakarta dan Hong Kong. iKON yang terdiri daripada tujuh ahli iaitu Jinhwan, Yunhyeong, Bobby, B.I, Donghyuk, Ju-ne dan Chanwoo pertama kali membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2016 di Stadium Negara.

Winner

Kumpulan yanag bernaung di bawah YG Entertainment ini telah memenangi banyak anugerah selepas ditubuhkan pada tahun 2015, termasuk semua penghargaan artis baru di Anugerah Muzik Melon, MAMA, Anugerah Muzik Seoul, Anugerah Golden Disc dan Anugerah 5TH Gaon K-POP Chart. Ini membuatkan mereka artis baru pertama dalam tempoh lapan tahun untuk mencapai Grand Slam.

iKON turut dinamakan sebagai Top 5 Artis K-pop Yang Paling Dinantikan oleh Billboard. Sebelum ini, mereka hanya melawat negara seperti Jepun dan China. Album studio debut kumpulan itu, Welcome Back telah diterbitkan pada tahun 2015 dan ia terdiri daripada single hit seperti My Type, Apology dan Dumb & Dumber.

Konsert jelajah dunia ini adalah untuk menyokong album terbaru kumpulan tersebut, Return yang diterbitkan pada bulan Januari.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Zon Ikonic/ Inner Circle- RM693
  • Zon Merah- RM673
  • Zon Kuning- RM573
  • Zon Ungu- RM483
  • Zon Hijau-RM373
  • Zon Biru-RM273

Untuk memudahkan peminat, pihak penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi sehingga 9:30 malam pada sepanjang dua hari konsert itu berlangsung. Bas berkenaan akan menunggu anda di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati.