Idea Hadiah Istimewa Untuk Hari Bapa

Pilih hadiah menarik untuk Hari Bapa ini

Bapa adalah hero yang paling hebat untuk seorang anak. Sempena dengan hari bapa yang bakal tiba tidak lama lagi ini, pastinya anda sedang mencari hadiah yang sempurna buat bapa tercinta. Untuk membantu anda, Jelita senaraikan beberapa idea hadiah istimewa untuk hari bapa.

1 of 11

Vakum Tanpa Kabel Dyson

Memperkenalkan Dyson V11 Absolute+ baru, vakum tanpa kabel terbaru daripada Dyson yang mempunyai teknologi pintar yang membantu untuk membersihkan kotoran dari permukaan lantai yang berbeza. Sama seperti model sebelumnya, Dyson v11 Absolute+ ini untuk proses pembersihan yang lebih cekap tidak kira di permukaan lantai yang keras mahupun di atas karpet. Hal itu boleh berlaku kerana sistem Sensor Beban Dinamik (Dynamic Load Sensor (DLS)) yang secara automatik mengubah kelajuan motor antara permukaan lantai yang berbeza dan mengesan dan memaksimumkan penggunaan kuasa di mana sahaja. Perbezaan yang membezakan dua model ini adalah varian warna. Model vakum terbaru Dyson ini hadir dengan rona warna emas dengan kemasan premium. Jika anda bercadang untuk membeli vakum ini sebagai hadiah, ia hadir dengan Dyson V11 Dok stand percuma. Sememangnya pilihan sempurna untuk idea hadiah.

1 of 11