Tiga Produk Dyson Paling Mengujakan, Setakat Ini

Lengkap ciri memastikan kesejahteraan anda.

Menambah baik kehidupan dalam kediaman anda pastinya menjadi impian dan sasaran ramai penduduk di Malaysia. Tetapi, tahukah anda ada produk berinovasi dengan teknologi canggih baru dan bakal diperkenalkan di pasaran tempatan di bawah jenama Dyson?

Baru-baru ini, Jelita telah dijemput ke Singapura untuk menyaksikan dan mendalami tiga produk berkenaan – Dyson Pure Cool Me, Dyson Lightcyle dan Dyson V11. Ketiga-tiganya direka pakar kejuruteraan dalaman jenama berkenaan bagi memberi impak kepada kesejahteraan hidup anda dalam aspek yang tertentu.

Sejak sebelum ini, Dyson sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada pengguna dalam cara yang tertentu. Daripada pembersih udara dan humidifier yang mampu membunuh bakteria dalam air, ke alatan dandanan yang tiak menggunakan suhu tinggi melampau, kepada pengering rambut yang cepat dan lebih bersih, juga hampagas pintar, teknologi mesin berkenaan akan memberi anda lebih kawalan pada persekitaran peribadi anda, terutama di dalam kediaman.

Mari Jelita jelaskan satu persatu mengenai solusi terbaru ini…

1 of 3

Dyson Pure Cool Me, kipas angin yang mampu membersihkan kekotoran udara khusus buat ruang peribadi anda.

Untuk sihat, biasanya anda lebih mementingkan pemakanan daripada udara yang dihirup. Sebagai ‘teman baik’ anda (kerana perlu duduk dalam jarak yang dekat untuk anda merasainya), Dyson Pure Cool Me mempunyai kebaikan berikut:

# Ianya mempunyai teknologi Core Flow yang mengeluarkan udara secara tepat dan fokus untuk menyamankan anda pada masa sama, memberikan udara lebih bersih.

#Tapisan Hepa di dalamnya mampu memerangkan 99.9 peratus partikel sekecil alergen, dan partikel ultrafine seperti debunga, spora kulapuk juga bakteria.

#Direka untuk mengeluarkan bunyi yang amat perlahan.

# Sistem pengimbas cahaya secara pintarnya memantau cahaya di sekeliling dan secara automatik akan memalapkan atau mencerahkan cahaya pada skrin paparan LED mengikut persekitaran.

# Ada ciri sleep timer agar mesin ini boleh dimatikan selepas diset dengan giliran antara 30 minite hingga lapan jam.

# Mula dijual di pasaran Malaysia pada 15 Mei 2019 pada harga RM1,699 dalam warna Gunmetal/Copper dan White/Silver.

1 of 3