Serikan Dinding Kediaman Sempena Raya

Dulux membantu pengubah suaian rumah anda bagi musim perayaan.

Lebaran menjadi detik untuk menambah seri kediaman anda. Mungkin ramai yang mengambil keputusan untuk mengecat dinding rumah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dulux, peneraju jenama cat hiasan AkzoNobel dan Dr Eric Leong, pereka tempatan yang juga adalah Ketua Pusat Pengajian Seni Bina & Rekaan Dalaman One Academy telah bekerjasama dalam menganjurkan bengkel seni dan memaparkan betapa mudahnya untuk memulakan projek bagi memberikan penampilan baharu bagi dinding rumah.

Bengkel sedemikian menjadi sebahagian daripada usaha mereka untuk berkongsi kesan positif yang dibawa oleh warna, khasnya pada musim perayaan ini. Sepanjang bengkel berkenaan, Dr Eric Leong menunjukkan teknik untuk menghasilkan beberapa rekaan mudah, termasuk corak batik, garis, gradien dan geometrik. Dia juga menunjukkan demonstrasi penggunaan cat Dulux Ambiance Special Effects untuk mendapatkan kesan berusan metalik.

Paling utama, Dr Eric Leong berkongsi beberapa langkah asas untuk menjayakan projek mengecat sendiri. “Langkah pertama ialah untuk memilih dinding utama yang biasanya adalah dinding berhadapan pintu masuk dan dinding pertama yang dilihat tetamu ketika melangkah masuk ke rumah.

“Langkah seterusnya adalah menggunakan warna yang memberikan tekstur agar dinding terlihat lebih menyerlah. Dulux mempunyai rangkaian kesan khas suasana yang dikenali sebagai Ambiance Special Effects yang mengikut penampilan dan rasa tekstur seperti kain linen, baldu, marmar dan juga metalik,” jelasnya. (Untuk dapatkan panduan lanjut, dapatkan Jelita edisi Julai 2019!)

Spiced Honey (juga dikenali sebagai Crème Brulee) adalah Warna Tahunan 2019 oleh jenama Dulux. Warna ini digambarkan sebagai versatil dengan rona warna ambar dan karamel yang mesra dan mengalu-alukan kedatangan.

Bersempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Dulux turut menganjurkan peraduan Ceriakan Raya Mu bermula 8 April hingga 26 Mei 2019. Pelanggan yang membuat pembelian cat Dulux terpilih sepanjang tempoh ini secara automatik layak untuk memenangi peralatan elektrik dan perabot daripada Ashley Furniture Home Store. Ini seterusnya akan membantu melengkapkan pengubah suaian kediaman bagi meraikan Lebaran dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.dulux.com.my/en/event/DuluxRayacontest.