Meraikan 35 Tahun Pengalaman Bersama Pelanggan Setia Joven

Ikuti kisah sebenar cara kehidupan keluarga ini berubah sejak menggunakan perkakas Joven pertama mereka.

Kisah sebenar cara kehidupan keluarga ini berubah sejak menggunakan perkakas Joven pertama mereka.

Siapa yang paling banyak mempengaruhi anda apabila sebut saja mengenai wang dan perihal rumah? Kebiasaannya, orang pertama yang anda dapatkan untuk nasihat adalah ibu bapa. Walaupun mungkin tidak, kita sering terkenangkan sesuatu yang sudah dikenali sejak zaman kanak-kanak lagi. Selama lebih tiga dekad (35 tahun), Joven telah memberi kesan positif kepada banyak keluarga di Malaysia – legasi yang dibina berdasarkan kasih sayang dan kepercayaan.

2 of 4

Cinta Seorang Bapa

 

Chris dan isteri, Hui Yan telah menjadi pelanggan Joven selama 20 tahun. Ia bermula ketika dahulu keluarga Chris kurang berkemampuan dan tinggal di kampung. Apabila hujan lebat atau salah seorang daripada ahli keluarga jatuh sakit dan memerlukan mandian panas, ibunya akan memanaskan air dalam periuk besar.

“Masa berlalu dan ayah saya bertukar kerja, memasuki bisnes perdangangan kereta – itulah masanya kewangan kami mula kukuh dan dia mampu membelikan kami pemanas air Joven. Ia dianggap agak mahal dan mewah pada ketika itu.” ujar Chris. Apa yang mengingatkannya lagi adalah hakikat yang dia boleh mendapatkan mandian panas serta merta, hanya dengan satu butang! “Tujuan utama ayah saya membeli pemanas air itu adalah untuk menyediakan mandian panas terbaik buat anaknya,” kata Chris yang terharu mengenangkan kasih sayang bapanya. Dia menambah: “Kini sebagai bapa, saya rasa, untuk memahami dan berinteraksi bersama anak, anda boleh mulai dengan memandikan mereka. Joven adalah seperti simbol kasih seorang bapa untuk anaknya; ia menggambarkan jagaannya yang penuh mesra.”

2 of 4

Cinta Seorang Bapa