Jom Tukar Vakum Lama Ke Vakum Lebih Canggih

Bawa pulang vakum berkuasa tinggi daripada Dyson

Anda mencari peluang untuk menaik taraf vakum anda? Jelita ada berita gembira untuk anda.

Untuk masa yang terhad iaitu pada 1 Ogos hingga 30 September 2019), anda boleh mengitar semula SEMUA jenis vakum, baru atau lama, berwayar, tanp wayar atau robotik di Dyson Demo Outlet yang terletak di The Gardens Mall dan kedai peruncit yang mengambil bahagian- untuk rebat segera pilihan anda dan berpeluang untuk membeli vakum bebas wayar terbaru daripada jenama Dyson.

Berikut adalah promosi rebat yang hebat:

  • Dyson V11 Absolute- RM 500 rebat segera (Harga selepas rebat: RM 2899). Harga biasa RM3,399.
  • Dyson V10 Absolute- RM 300 rebat segera (Harga selepas rebat: RM2699). Harga biasa RM2,999
  • Dyson V10 Fluffy- RM 300 rebat segera (Harga selepas rebat: RM 2199). Harga biasa RM2,499.

Untuk maklumat lanjut mengenai vakum ini, anda boleh layari shop.dyson.my

Kelebihan Vakum Dyson V11 Absolute

Vakum Dyson V11 ini adalah vakum bebas wayar yang terkini dan paling berkuasa daripada Dyson yang mempunyai kelebihan berikut:

  • Kepala pembersih High Torque terbaru yang dapat menyesuaikan diri dengan jenis lantai yang berlainan apabila vakum berada dalam mod Auto. Kepala pembersih dengan roller lembut itu direka untuk permukaan lantai jenis keras. Ia menyedut debu halus dan serpihan besar pada masa yang sama.
  • Tiga mod pembersihan direka untuk pelbagai tugas. Jadi, pengguna boleh menggunakan kuasa yang tepat setiap kali mereka membersih.

Mod Auto-  Sesuaikan diri dengan permukaan lantai dan membersih secara mendalam.  Ia menawarkan keseimbangan kuasa yang optimum dan bijak menyesuaikan diri dengan permukaan lantai yang berbeza.

 Mod Boost- Direka untuk pembersihan insentif dan menawarkan sedutan berkuasa sehingga lima minit.

Mod Eco- Menyediakan sehingga 60 minit masa penggunaan, untuk pembersihan lebih lama pada semua jensi lantai.

  • Skrin LCD on-board, secara bijak memberitahu pengguna mod kuasa yang dipilih dan jangka masa, memberikan anda lebih kawalan atas proses pembersihan anda.
  • 20 peratus lebih banyak kuasa sedutan dengan motor digital Dyson V11 terbaru.
  • Jangka masa penggunaan lebih daripada 60 minit untuk pembersihan yang lebih lama dengan pek bateri baru dan lebih besar Dyson yang turut menyampaikan prestasi kuasa sedutan yang lebih tinggi.
  • Sistem “Point and Shoot” memudahkan anda untuk mengosongkan bin dengan mudah dan bersih.