IKEA Hubungkan Anda Dengan Alam Melalui Kempen Make Room For Nature

Kembali ke alam semula jadi dengan kempen Make Room for Nature oleh IKEA

IKEA, pakar perabot untuk kediaman, menyeru rakyat Malaysia untuk tentang pentingnya untuk mendapatkan ketenangan dan keselesaan melalui kempen ‘Make Room for Nature.’ Melalui kempen ini, IKEA berharap untuk menyerlahkan lagi peranan kediaman anda sebagai tempat untuk memulihkan dan memperbaharui diri daripada tekanan kehidupan seharian.

Menurut Timbalan Pengarah Runcit IKEA Malaysia, Gerard Jansen, kempen ‘Make Room for Nature’ ini adalah sebahagian daripada visi IKEA Malaysia untuk menwujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk semua. Kempen ini adalah bertujuan untuk menghubungkan semula diri anda dengan alam semula jadi dengan menjadikan kediaman and sebagai tempat untuk anda melarikan diri daripada tekanan kehidupan moden.

Dengan gaya hidup hari ini yang sentiasa aktif, meluangkan masa untuk bertenang dan berehat telah menjadi perkara yang penting berbanding sebelum ini dan ia bakal menjadi keperluan yang lebih penting pada masa yang akan datang.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh IKEA Life at Home 2017, satu daripada dua rakyat Malaysia merasakan bahawa mereka tidak dapat menghabiskan masa yang mencukupi bersama keluarga mereka. Di samping itu, 21 peratus rakyat Malaysia tidak merasakan ketenangan secara mental di rumah dan mereka rasa sukar untuk memutuskan daripada kehidupan di luar rumah.

Kesukaran ini lebih dirasai oleh kalangan ibu bapa, dengan hampir separuh daripada mereka berjuang untuk mencari keseimbangan yang betul apabila menggunakan teknologi di rumah. Tetapi semua ini boleh diperbaiki. Sewaktu menjalankan kajian Life at Home, IKEA mendapati bahawa ruang peribadi menggalakkan kebahagian di rumah. Khususnya, ruang tamu dan bilik tidur memainkan peranan penting dalam memperbaharui dan memulihkan semula tenaga anda.

IKEA telah mengenal pasti beberapa tumpuan utama untuk membantu kempen ‘Make Room for Nature:’

  • Dapatkan Keselesaan– Tidak kira sama ada sentuhan lembut sofa yang selesa atau aromaterapi yang menenangkan, keselesaan adalah berbeza untuk semua orang dan keperluaan untuknya berubah sepanjang hari.
  • Cari Ketenangan Dan Kedamaian– Cari tempat persembunyian anda dan larikan diri dari kekacauan. Tempat persembunyian ini boleh menjadi bilik peribadi atau hanya sudut yang tenang. Pilih yang selesa untuk anda.
  • Gunakan Bahan Semula Jadi– Di dunia pesat sekarang, kebanyakan dari anda sudah terputus dari alam semula jadi. Jadi, anda perlu dapatkan alam semula jadi dengan mengelilingi diri anda dengan bahan semula jadi dan rona kehijauan.
  • Perbaiki Kesan Pemulihan Tumbuhan– Untuk mewujudkan suasana yang lebih menenangkan, anda boleh membawa tanaman ke dalam rumah. Tumbuhan mempunyai kesan pemulihan dari segi fizikal dan mental. Ia memiliki rona hijau yang neutral dan ia boleh memberikan ketenangan di rumah anda.

IKEA menawarkan beratus produk yang telah direka dengan sempurna, berfungsi dengan baik dan mampu milik. Sama ada sofa lembut untuk rehat yang sempurna atau kerusi kegemaran untuk anda duduk membaca buku. Cari inspirasi di IKEA dan mula ‘Make Room for Nature.’

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang IKEA.my