Ceriakan Kediaman Dengan ‘Spiced Honey’, Warna Bagi 2019!

Cara terjemahkannya ke dalam kediaman anda.

Susulan kajian pakar yang melibatkan trend global, pandangan dan sikap pengguna di Malaysia, Spiced Honey atau lebih dikenali sebagai Créme Brulee OOYY 26/220 diumumkan sebagai Warna Tahunan 2019 oleh jenama cat terkemuka, Dulux Akzonobel.

Bertepatan dengan tema tahun ini, Benarkan cahaya menyinari, rona warna ambar hangat berkenaan bersifat versatil dan kontempori serta berpadanan dengan pelbagai gaya hidup dan ruang dalaman.

Spiced Honey adalah satu warna yang mampu memberikan ketenangan, merangsang dan memberi tenaga, bergantung kepada cahaya dan warna di sekelilingnya.

Kini memasuki tahun ke-16, Warna Tahunan Dulux AkzoNobel pada setiap tahun bagi membantu pengguna membuat pilihan warna dan rekaan dengan lebih yakin serta memberikan ilham sehingga visualisasi, pilihan produk dan aplikasi. Pengguna boleh menggunakan pelbagai peraatan termasuk penyelesaian digital inovatif Dulux Visualiser.

Menerusi peralatan digital yang inovatif AkzoNobel, pengguna boleh memilih sendiri warna yang sesuai dengan ruang kediaman melalui paparan skrin.

Ada empat tema yang boleh anda cuba dengan menggabungkan warna tahunan, Spiced Honey dengan empat palet warna antaranya warna neutral hangat, pastel, pigmen yang menyerlah dan palet terang yang berani. Setiap tema diinspirasikan dengan gabungan rona warna yang mengagumkan dan memberika efek semula jadi, melindungi, menyembuhkan serta memberikan nafas baru kepada kediaman anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai warna tahunan 2019, layari laman web AkzoNobel, laman web Dulux Malaysia atau ikuti #CF19 di media sosial.