Cat Dinding Rumah Sendiri Boleh Buat Anda Gembira

Jom cuba cat sendiri dinding kediaman anda dengan corak menarik.

Tahukah anda bahawa Hari Kegembiraan Antarabangsa disambut di seluruh dunia pada 20 Mac setiap tahun? Ianya bermula pada tahun 2011, di mana penasihat khas kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jayme Illien telah mengilhamkan konsep idea baru untuk hari kesedaran global yang baru untuk kegembiraan. Dua tahun kemudian, Hari Kegembiraan Antarabangsa yang pertama diraikan pada 20 Mac 2013.

Hari Kegembiraan Antarabangsa ini diraikan untuk memberi kesedaran bahawa kebahagian adalah keperluan asas manusia dan ia adalah hari yang menggalakkan anda untuk melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan anda gembira. Kebanyakan orang di seluruh dunia beranggapan bahawa berada di rumah adalah perkara yang paling gembira di dunia tetapi tahukah anda bahawa anda boleh menjadikan kediaman anda tempat yang paling bahagia untuk anda tinggal?

Anda boleh merancang projek mengecat dinding rumah dengan menambah beberapa warna dan corak menarik padanya. Ia adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Antara corak yang paling mudah dilakukan adalah corak sarang lebah. Ia bukan sahaja cantik untuk dilihat, ia juga boleh diatur mengikut pelbagai cara, bergantung kepada bentuk dan saiz dinding. Jelita kongsikan panduan untuk menambah corak sarang lebah pada dinding anda.

7 of 7

Langkah Terakhir:

Walaupun cat masih basah, alihkan pita pelekat untuk melihat corak sarang lebah yang telah siap.

Sekarang anda sudah tahu cara untuk menambah corak sarang lebah pada dinding kediaman, anda boleh cuba untuk bahagian lain di kediaman anda dengan menambah kreativiti sendiri.

Untuk lebih idea dan inspirasi tentang cara menggunakan cat warna , layari Dulux.com.

7 of 7