6 Cara Berkesan Untuk Menghalau Serangga Perosak

Cara berkesan untuk pastikan rumah anda bebas serangga perosak

Sudah tentu anda inginkan rumah yang bersih dan bebas daripada haiwan atau serangga perosak namun menggunakan racun perosak boleh memudaratkan kesihatan anda dan keluarga kerana kandungan kimia yang tinggi. Oleh itu, Jelita kongsikan enam cara berkesan yang boleh anda gunakan untuk menghalau serangga perosak di rumah.

Serangga perosak

Gambar: Shutterstock

Lipas

Serangga ini tidak hanya menjijikkan tetapi ia juga boleh membawa penyakit yang sangat berbahaya. Sudah tentu ada banyak produk yang boleh digunakan untuk menghalau serangga ini tetapi ia biasanya mengandungi bahan toksi yang sangat membahayakan. Cuba cara murah dan mudah ini pula.

Cara: Potong satu bawang dan tambahkan satu sudu serbuk penaik dan letakkan campuran ini di sudut rumah anda. Gantikannya setiap hari dan rumah anda pasti akan bebas lipas.

Kutu

Serangga perosak bukan sahaja mengganggu kediaman anda tetapi ia juga boleh mengganggu kehidupan anda. Sebagai contoh, kutu. Kutu boleh didapati dalam saiz dan  warna yang berbeza. Ia adalah amat penting untuk melindungi keluarga, diri sendiri dan haiwan peliharaan dari penjenayah kecil ini. Jika anda tidak mahu menggunakan bahan kimia pada kulit, anda boleh cuba cara semula jadi ini.

Cara: Campurkan 20 titisan minyak pati geranium ros, 10 titisan minyak sweetgrass, lima titis minyak pati lavender, lima titisan minyak pati limau atau lemon dan satu sudu besar alkohol rubbing (ubat). Cairkan hingga 100 ml dengan cuka atau air  dan pindahkan ke dalam botol semburan. Goncang dengan baik dan semburkan pada pakaian anda sebelum keluar.

Serangga Perosak Kebun

Aphids, labah-labah, dan seranggan perosak kebun yang lain boleh melakukan kerosakan besar pada tanaman anda dan segala usaha anda boleh hancur dalam sekelip mata. Seperti yang lainnya, terdapat banyak racun perosak yang boleh anda dapatkan di pasaran namun ia juga mengandungi bahan kimia yang membahayakan.

Cara: Campurkan setengah cawan lada dengan setengah cawan bawang putih atau bawang dan kacau sehingga ia menjadi pes. Campurkan pes tersebut dengan 500 ml air suam. Biarkan ia selama 24 jam di tempat yang hangat, ketatkan dan semburkan tumbuhan anda dengan cecair ini.

Lelabah

Ia mungkin bukan lelabah beracun namun sudah pasti anda tidak mahu serangga ini masuk ke dalam rumah dan mungkin ada di antara anda yang fobia dengan serangga ini.

Cara: Tambahkan lima hingga 10 titis minyak pudina ke dalam campuran 200 ml air dan 1/4 sudu deterjen cecair, goncang dengan baik dan semburkan ke kawasan yang berpotensi sekali seminggu sehingga semua lelabah melarikan diri. Anda juga boleh menggunakan minyak eucalyptus, citronella, lavender atau minyak tea tree.

Semut

Semut boleh muncul di mana-mana sahaja dan ia sering membuatkan anda rasa jengkel terutama sekali apabila ia berkumpul di bekas isi gula.

Cara: Letakkan serbuk kayu manis di kawasan di mana anda rasa semut datang. Untuk hasil yang lebih berkesan, anda boleh tambah beberapa minyak pati ke dalam serbuk kayu manis tersebut. Rumah anda juga akan berbau harum.

Hama Habuk

Perkara yang anda tidak boleh lihat dengan mata kasar tidak bermakna ia tidak wujud. Hama habuk ini biasanya akan wujud dalam habuk di kawasan perumahan. Ia sukakan tempat yang hangat dan makanan kegemaran hama habuk adalah serpihan kulit. Tempat kegemaran serangga ini adalah di katil tempat anda tidur.

Cara: Camburkan enam sudu teh minyak kayu putih dengan 1.5 sudu teh  detergen cecair dalam satu baldi air dan rendam barang yang boleh anda basuh. Untuk benda yang tidak boleh dibasuh, anda boleh semburkan campuran ini. Anda juga boleh menggunakan minyak tea tree.