5 Filem Paling Romantik Yang Patut Anda Tonton Sekali Lagi

Jelita senaraikan lima filem romantik ikonik yang patut anda tonton sekali lagi.

Banyak faedah yang boleh anda perolehi jikalau anda menonton filem genre romantik. Ini kerana filem genre ini selalunya menceritakan tentang perhubungan dan seringkali mengandungi pengajaran tentang perhubungan antara lelaki dengan wanita. Filem genre romantik seringkali dikaitkan dengan kaum wanita. Ini mungkin kerana kaum wanita jenis yang mudah tersentuh hati. Filem romantik yang bagus dapat membawa kita keluar dari realiti dan membantu anda untuk melupakan sebentar semua masalah anda.

Jelita senaraikan lima filem romantik ikonik yang patut anda tonton sekali lagi.

Beauty and the Beast

Filem animasi dari Disney ini sememangnya menyentuh perasaan. Filem ini mengajar kita bahawa rupa paras bukanlah sebab kenapa seseorang itu jatuh cinta. Di dalam filem ini, Belle menggantikan ayahnya yang ditangkap oleh Beast. Sepanjang Belle tinggal di Istana Beast, pelbagai cara yang Beast lakukan untuk memikat Belle agar Belle jatuh hati padanya dan seterusnya menghapuskan sumpahan yang dikenakan ke atasnya. Beast sanggup memberikan apa sahaja yang Belle inginkan dan sebagai balasannya Belle memberikan perasaan cinta yang tidak berbelah bagi dan sekaligus menghapuskan sumpahan yang dikenakan ke atas Beast. Jangan lupa untuk tonton filem Beauty and the Beast yang dibintangi Emma Watson pada bulan Mac ini.

Titanic

Filem yang ditayangkan pada 1997 ini masih lagi menjadi filem romantik kesukaan ramai. Tahun ini genap 20 tahun filem ini dikeluarkan. Tiada apa yang lebih indah daripada cinta Jack dan Rose dalam filem Titanic. Walaupun filem ini mempunyai penamat yang sedih, ia masih mengandungi pengajaran yang tidak dapat dilupakan. Jack, seorang lelaki miskin membantu Rose, seorang gadis kaya yang terperangkap dalam status keluarganya. Jack membantu Rose keluar dari kehidupannya sebagai gadis kaya dan turut mengajarnya untuk berdikari. Walaupun dua watak ini tidak dapat bersama pada akhirnya, Rose tetap membawa pengajaran itu untuk sepanjang hidupnya.

Twilight

Kisah percintaan antara Vampire dan manusia telah menjadi trend selepas filem ini ditayangkan. Ramai wanita yang meminati kisah percintaan yang ditunjukkan dalam watak Isabella Swan dan Edward Cullen. Bella adalah manusia biasa yang jatuh cinta dengan Edward, seorang vampire kacak yang pada mulanya tertarik dengan bau darah Bella dan si gadis kemudiannya sanggup mengorbankan segalanya untuk bersama si jejaka hati.

The Fault In Our Stars

Pastinya anda tidak boleh ketinggalan untuk menonton semula filem romantik sedih yang dikeluarkan pada tahun 2014 ini. Filem ini berdasarkan dari sebuah buku tajuk yang sama oleh John Green. Kisah cinta antara Gus dan Hazel pasti akan mengubah anda untuk selamanya, Gus dan Hazel tahu masa mereka sangat terhad jadi mereka memutuskan untuk menggunakannya untuk jatuh cinta, tidak kira apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Filem ini turut mengajar kita untuk menghargai masa bersama orang yang tersayang dan jangan sia-siakan masa yang ada ini.

Romeo and Juliet 1996

Kisah cinta yang paling ikonik yang ditulis oleh William Shakespeare. Filem Romeo dan Juliet yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio ini telah dikeluarkan pada tahun 1996. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama. Cinta Romeo dan Juliet yang terhalang kerana permusuhan keluarga akhirnya membawa kepada kematian pasangan itu.