Gunakan Cara Bijak Ini Untuk Katakan ‘Tidak’ Pada Majikan Anda

lima cara yang Jelita kongsikan ini untuk berkata 'tidak' kepada majikan anda.

Pernahkah anda menolak atau berkata tidak kepada arahan majikan? Pastinya untuk berkata ‘tidak’ kepada majikan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan namun ada masanya anda perlu mengatakannya. Akan tetapi pastikan ia dilakukan dengan cara yang betul. Oleh itu, anda boleh cuba lima cara yang Jelita kongsikan ini untuk berkata ‘tidak’ kepada majikan.

Gambar: Shutterstock

  1. Bina hubungan dengan majikan anda berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat.
  2. Tetapkan sempadan yang jelas apabila anda bekerja dan tidak bekerja. Gunakannya sebagai alat komunikasi untuk diri sendiri.
  3. Buktikan kepada majikan yang anda peduli dengan matlamatnya dan juga matlamat anda sendiri.
  4. Bersikap fleksibel dengan sempadan yang anda tetapkan jika boleh tanpa perlu lepaskan apa yang penting kepada anda.
  5. Berkomunikasi mengenai sempadan anda kepada majikan dari awal, jadi jika dia meminta anda melakukan sesuatu di luar waktu kerja, anda boleh menolaknya dengan cara berhemah.