Gaya Lebih Ranggi Dengan Vivo S1

Vivo S1 pasti akan buat anda kelihatan awet muda

Vivo Malaysia secara rasminya melancarkan produk terbaru, Vivo S1 untuk Malaysia. Unit pertama siri S ini membawa tagline, “Unlock Your Style,” disasarkan kepada pengguna muda yang bertenaga, bergaya dan selalu bersaing dengan trend terkini.

Vivo S1 ini dilengkapi dengan pelbagai ciri hebat seperti ID Touch Screen, Kamera Lensa AI 32MP, bateri besar 4500mAh dengan Dual-Engine Fast Charging, AI Triple Rear Camera dan reka bentuk bergaya dengan pilihan warna Diamond Black dan Skyline Blue.

 ID Touch Screen dengan Reka Bentuk Bergaya

Dari segi reka bentuk, Vivo S1 dilengkapi dengan Super Amoled Ultra All Screen dengan saiz skrin 6.38 inci FHD+, resolusi 1080 x 2340, nisbah aspek 19:5:9 dan peratusan skrin ke badan sebanyak 90 peratus.

Vivo S1 menyediakan pengalaman visual yang lebih menyeronokkan apabila menonton video atau berinteraksi di media sosial. Skrin resolusi tinggi Vivo S1 juga dilengkapi dengan ciri ID Touch Screen yang bukan sahaja memudahkan untuk mngesahkan pengguna, tetapi juga lebih menarik dengan reka bentuk visualisasi terkini dari Vivo.

Di bahagian belakang pula, Vivo S1 menggunakan teknik salutan Nano-Ion untuk menghasilkan gradiasi warna dengan kesan pantulan cahaya yang bergaya. Vivo S1 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue yang bukan sahaja kelihatan menarik untuk mengiringi pelbagai aktiviti tetapi juga selesa untuk dipegang.

Hasil Foto yang Jelas dengan Kamera Pintar

Vivo S1 dildatangkan dengan kamera 32MP AI Selfie yang dilengkapi dengan ciri pintar seperti AI Filter, AI Selfie Lighting, AR Stickers dan AI Face Beauty untuk menghasilkan imej yang jelas dengan resolusi tinggi kamera hadapan. Vivo S1 juga menyediakan lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan foto menjadi lebih optimum dan ekspresif.

Di bahagian belakang, terdapat kamera AI Triple Rear Camera dengan kamera utama 16MP, kamera AMP Super 8 Wide Angle untuk foto yang lebih lebar sehingga 120 drjah, dan Kamera Sensor Kedalaman 2MP untuk hasil potret yang lebih hebat. Ciri pintar seperti AI Portrait Framing, Potrait Mode dan Professional Mode juga boleh dimaksimumkan oleh pengguna.

Prestasi yang Boleh Dipercayai untuk Menyokong Gaya Hidup Anda

Vivo S1 mempunyai 6GB RAM dan 128GB ROM yang menyediakan lebih banyak ruang memori untuk menyimpan video, muzik dan gambar. Untuk memberikan pengalaman telefon pintar yang hebat, Vivo S1 mempuyai bateri 4,500mAh dengan prosesor Dual-Enging Fast Charging. Gabungan pemproses yang berkuasa dan kapasiti bateri yang tinggi menjadikan Vivo S1 sempurna untuk menyokong pelbagai aktiviti pengguna dengan lebih lama.

Vivo S1 berfungsi pada sistem operasi terbaru Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0 Pie, dengan ciri pintar dan AI Jovi. Vivo S1 juga dilengkapi dengan Ultra Game Mode dengan Multi-Turbo dan Mod Persaingan yang membantu prestasi telefon pintar menjadi lebih lancar ketika bermain permainan telefon sambil menyelamatkan nyawa bateri.

Harga

Vivo S1 mula dijual pada 27 Julai 2019 di semua Vivo Concept Stores, rakan kerjasama, pengedar sah di seluruh negara untuk harga RM1,099.

Anda boleh membayar RM50 dan mendapatkan rebat segera sebanyak RM100 apabila mereka membuat tempahan di Vivo S1 di Vivo Concept Stores. Pembeli pra-pesanan akan menikmati hadiah eksklusif , Speaker Bluetooth Vshare K1.

Dalam talian, Vivo S1 tersedia untuk pra tempahan di Lazada, Shopee, Prestore Mall dan Vivo Store. Pembeli pra-tempahan yang membeli dalam talian turut akan menerima hadiah misteri.

Gambar: Instagram Vivo Malaysia