Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Tahniah kepada Fasha Sandha dan Aidil Aziz di atas penyatuan penuh bermakna ini.

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon cantik jelita, Fasha Sandha kini sah bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz.

Majlis akad nikah itu telah dilangsungkan pada 30 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu dan pasangan itu telah disatukan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar pada jam 8.30 pagi.

Fasha tampil anggun dalam busana rona putih daripada pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini dan wajahnya disolek cantik oleh jurusolek tersohor, Dato Alha Alfa. Aidil pula tampil segak dengan baju Melayu rona hasil pereka yang sama lengkap bersamping dan dia telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Ini adalah perkahwinan kedua Fasha yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada Januari 2016 di mana hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal, lima tahun dan Putri Rayzha Jemyma, empat tahun.

Fasha dan Aidil selamat mengikat tali pertunangan di 9Kedondong Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada November tahun lalu dan pasangan itu telah mengadakan majlis malam berinai di [email protected], Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Selain itu, aktres ini turut menghiasi laman depan majalah Jelita edisi April 2019 dan telah berkongsikan kisah terkini serta perancangannya selepas bergelar isteri khusus buat pembaca Jelita. Jangan lupa dapatkan edisi ini di pasaran, sekarang!

Berikut adalah gambar di sekitar majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz

1 of 32
1 of 32