Fenomena ‘Suara Kaset’ Mamat & Ezad Exists

Masih terngiang kehebatannya sehingga kini!

Sabtu lalu menjadi saksi gegaran Konsert Exists Reunion yang berlokasi di Stadium Malawati Shah Alam. Kumpulan Exists telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia suatu ketika dahulu, malah selamat untuk mengatakan ‘bisa’ mereka masih terasa sehingga kini. Maka tidak hairanlah konsert kali ini yang mengumpulkan anggota kumpulan asal Exists, menerima sambutan hangat!

Lagu Membuai Perasaan

Setelah bertahun-tahun lamanya tidak bersatu, Konsert Exists Reunion ini buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis hebat mereka – Mamat dan Ezad.

Mereka telah mempersembahkan 24 buah lagu dengan susunan penuh. Antaranya adalah lagu hits yang sentiasa menjadi siulan ramai seperti Nota di Lautan Sepi, Janji Padamu, Untukmu Ibu, Masih Terserlah Ayumu, Bunga, Julia, Dirantai Digelangi Rindu, Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan menutup tirai dengan Alasanmu.

Paduan Vokal Mantap 

Kekuatan vokal Mamat dan Ezad sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Biarpun diduga dengan kontroversi sebelum menjelangnya konsert ini, Mamat ternyata berjaya menebus segalanya dengan lantunan vokal yang amat memukau. Kelunakan suara Mamat membawa ingatan ramai kepada era kegemilangan Exists sewaktu awal penubuhan mereka. Gayanya tampak bersahaja kala menyanyi, ditambah dengan vokal yang tiada tandingan. Mudah mencuri hati sang pendengar!

Kemantapan vokal Ezad juga mudah memikat hati ramai. Dia memberikan sepenuh tenaga, selain konsisten sepanjang persembahan. ‘Suara kaset’ Mamat dan Ezad telah mengundang kegilaan peminat yang kagum dengan bakat luar biasa mereka yang seolah tidak dimakan usia. Pastinya menzahirkan ’ubat’ berkesan merawati kerinduan kepada kumpulan Exists.

Tidak cukup dengan itu, bait lirik setiap lagu yang ditayangkan pada skrin juga mencuri tumpuan semua. Taktik ini berjaya menarik peminat yang hadir untuk bersama menyanyikan lagu kegemaran mereka. 

Lagu Baharu

Sudah lama tidak muncul dengan karya terbaharu, Exists Reunion telah hadir dengan single berjudul Tak Berakhir yang menyaksikan paduan vokal Mamat dan Ezad. Konsert Exists Reunion ini sememangnya layak dipuji kerana telah berlangsung dengan penuh jaya – hasil keserasian dan komitmen tinggi setiap anggota serta pihak yang terlibat. Terima kasih kepada Shiraz Projects kerana membawakan Exists dalam sebuah konsert yang penuh makna.

Semua peminat Exists pastinya pulang dengan senyuman dan rasa puas diulit seribu satu memori indah! Ayuh tonton sedikit klip nyanyian Mamat dan Ezad yang telah kami rakamkan untuk tatapan anda.

 

View this post on Instagram

 

Asal sedap teroxxxxx suara kau ni? 😭 – @existsband @realmamat – #existsreunion #existsreunionconcert

A post shared by Ayu Nadirah Ayub (@_ayunadirah) on

 

View this post on Instagram

 

Paling ❤️ lagu ni! – #existsreunion #existsreunionconcert #maafsisbelummoveon

A post shared by Ayu Nadirah Ayub (@_ayunadirah) on